KOTA TINGGI – Pemuda PAS dalam Muktamarnya pada hari kedua mempersoalkan peranan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli yang tidak kelihatan dalam merangka kemenangan bagi negeri Terengganu dan Perak serta mempertahankan negeri Kedah.
Ketika membahaskan ucap utama Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat, wakil negeri Terengganu Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menempelak laporan ‘post-mortem’ pilihanraya yang telah dibekalkan kepada para perwakilan.
Menurutnya, kegagalan PAS menang di Terengganu dan kecundangnya PAS mempertahankan negeri Kedah serta ‘tenggelamnya’ Perak dari senarai negeri yang menang tiak harus diersalahkan kepada beberapa pimpinan sahaja termasuk Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mantan Pesuruhjaya PAS Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.
“mengapa perlu kita kita melaksanakan BERSIH , mengapa perlu kita menganjurkan BERSIH 2, mengapa perlu kita hadir dalam BERSIH 3 kalau kita menganggap pilihanraya di Negara ini adalah pilihanraya yang telus,
“sehingga kita menuding jari kepada Tuan Guru Presiden…..sehingga kita menuding jari kepada Terengganu…..sehingga kita menuding jari kepada Almarhum Ustaz Azizan…..kenapa kita menuding kepada beberapa pimpinan,
“apalah salah kita menyatakanyang sepatutnya unuk kita tulis (dalam laporan post-mortem pilihanraya) di mana peranan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat……apa peranan Ketua Pengarah Pilianaraya PAS Pusat bagi melakar kejayaan di negeri Terengganu,bagi mengekalkan kemenangan di Kedah dan kita juga tertanya-tanya di mana negeri Perak,”ujarnya.
Katanya, kegagalan PAS adalah bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang lalu, namun mengapa PAS Terengganu yang menjadi ‘kambing hitam’.










