Mengapa Harga Kelapa Sawit Rendah Di Sadong Jaya Berbanding Semenanjung

1620

BATANG SADONG – Ahli Jawatankuasa Badan erhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim menyelar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal memberikan kesemprnaan kepada hidup rakyat Sarawak.

Beliau kesal kerana, lebih 10,000 rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit terpaksa berulang-alik ke Samarahan bagi mengisi minyak kenderaan mereka kerana tiada kemudahan stesen minyak yang lebih berhampiran.

“isu yang paling ketara adalah, Sadong Jaya yang mempunyai lebih 6,000 pengundi dan Sarawak adalah negeri engeluar minyak,

“memang tidak munasabah sebuah penempatan yang begitu ramai tidak memiliki walaupun satu stesen minyak,

“rakyat terpaksa keluar menuju (Bandaraya) Kuching dengan jarak pergi dan balik lebih kurang 100 kilometer (untuk mengisi minyak),”jelasnya.

https://youtu.be/XX5B3-sgysI

Selain itu, beliau mempertikaikan, mengapakah harga kelapa sawit lebih rendah dan jauh berbeza di kawasam tersebut dengan harga di Semenanjung Malaysia.

“kalau di Semenanjung harga Sawit sekarang ini satu tan kira-kira RM600, di sini harganya hanyalah lebih kurang RM200, bermakna harganyahanyalah sepertiga daripada harga di Semenanjung,

“saya lihat (keadaan) ini timbul ekoran meonopoli perniagaan tersebut oleh pihak tertentu sehingga rakyat terpaksa apa sahaja dalam keadaan merekatidak mendapat hak yang sepatutnya,”tegas beliau.

Ketua kumpulan 2, petugas pembantu pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dari negeri Terengganu itu berkata demikian ketika ditemui, selepas menamatkan misi pemantauan dan penyusunan jentera PAS DUN Sadong Jaya bagi menghadapi PRN Sarawak Kali Ke-11.

Selain itu, katanya, isu-isu kemudahan awam lain perlu diberi perhatian kerana kawasan DUN tersebut telah diwakili oleh BN sejak sekian lama.

Asan Singkro“rakyat yang telah mengundi PBB sejak zaman berzaman sepatutnya mendapat sesuatu (kelebihan) tetapi pada hakikatnya, tidak (dapat),

“walaupun Sadong Jaya ini kaya dengan pelbagai hasil, tetapi rakyat tidak mendapat pembelaan sewajarnya,”tambah beliau.

Pada 6hb lalu, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah membuat pengisytiharan calon-calon PAS yang akan bertanding pada PRN kali ini.

Beliau turut mengumumkan PAS akan meletakkan calonnya iaitu mantan Pegawai Pendidikan Daerah Cikgu Asan Singkro (Gambar kanan)  DUN Sadong Jaya.

Pada PRN Sarawak ke-10 tahun 2011, calon PAS Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi mendapat 1,074 undi berbanding calon BN Aidel Lariwoo mendapat 4,000 undi.