Menegakkan Konsep Kepimpinan Islam Berprinsip

98

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Bagi mendapat jaminan paling kuat PAS berusaha berusaha untuk menjadi penentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 bagi menegakkan konsep kepimpinan Islam yang berprinsip.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, ia akan dapat dicapai berdasarkan jumlah kerusi yang akan dimenangi bukannya berapa banyak jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam PRU-15 yang akan datang.

“Mandatnya (akan) diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan berkaitan hukum, dasar dan strategi bagi menghadapi pilihan raya dan segala kemungkinan selepas pilihan raya demi memastikan Islam terus memimpin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67, di Duyong Marina & Resort, pada Sabtu, 6 November.

Mengulasnya lanjut dalam menjalinkan muafakat dengan parti yang lain katanya penting untuk dipastikan PAS tidak terkurung dalam lingkungan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air.

“Sebaliknya, menjadi pemimpin bersama rakan-rakan sehingga Berjaya menarik sokongan rakyat bagi menyelamatkan negara bersama Islam yang telah diperkenalkan oleh PAS,”ujarnya.

Tegasnya,dalam menjalinkan kerjsama PAS menolak sebaran usaha untuk membentuk penjajaran baharu dengan pelbagai jenama atau perubahan yang dicadangkan.

“Secara tegas, dinyatakan bahawa kita baru sahaja menubuhkan Muafakat Nasional (MN) mengikut acuan asal yang lengkap sebagai pendahuluan mengikut piagam yang terbuka bukan tertutup.

“Dalam pada itu kita Berjaya menubukan Perikatan Nasional (PN) yang lebih terbuka dan kuat, sehingga berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur, maka sebarang cadangan lain laksana tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan,” ujarnya.

Didik Anak Muda Pilih Pemimpin Negara Berintegirti

Dalam pada itu, PAS akan mendidik anak muda termasuk pengundi berusia 18 tahun untuk memilih pemimpin negara yang berintegriti melihat kepada perkembangan serius golongan berkenaan yang akan diberikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata ia disebabkan golongan tersebut mudah terpengaruh dengan janji palsu dan fitnah yang tersebar dalam media sosial tanpa membuat pertimbangan yang adil dan matang.

“Segala bahan fitnah dan janji palsu yang dikongsikan mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga mengakibatkan keputusan PRU-14 (telah) mengancam kedaulatan Islam dan menggugat keharmonian kaum di Malaysia.

“Maka, PAS perlu menangani golongan anak muda yang fobia dengan politik, atau memisahkan politik daripada agama, sehingga mengambil sikap tidak peduli terhadap apa yang berlaku kepada negara.

“Lebih malang boleh mengundang anasir luar menyusup masuk dalam pemikiran generasi muda,” katanya.

Katanya, Pendekatan yang dilakukan oleh PAS adalah bertunjangkan politik Islam termasuklah penerapan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

“Dimana ia berasaskan keimanan kepada Allah dan hari akhirat sehingga menjadikan orang beriman yang berpolitik ada perhitungan dosa dan pahala, di samping berusaha untuk menimbulkan kesedaran dan partisipasi politik dalam kalangan rakyat ke arah perubahan negara yang lebih baik.

“Maka, saya mengarahkan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan ulamak, Jabatan Penerangan dan Jabatan Pilihan Raya untuk memikul tanggungjawab penting ini bagi mengerakkan Pendidikan politik kepada pengundi muda.

“Supaya mereka diberikan maklumat yang betul dan kesedaran dalam membuat pertimbangan yang bijaksana, berpandukan penghayatan kepada BPMS. Mendepani cabaran ini setiap pimpinan dan hali perlu berperanan sebagai ‘Ejen Penerangan Parti’ secara tersusun.

“Supaya mesej yang dibawa oleh PAS Berjaya menembusi kelompok sasaran, dengan memanfaatkan media sosial dan teknologi maklumat yang semakin canggih melalui pendekatan kreatif, berhikmah dan boleh diterima segenap lapisan masyarakat,” ujarnya.