Mendominasi Isu Alam Sekitar

148

KUALA TERENGGANU – Semua ahli PAS digesa mendokong satu gagasan mendominasikan kepada isu-isu pembelaan terhadap alam sekitar.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, petugas-petugas parti menjadi rakan kepada alam sekitar.

“Kita nak kita dominasikan isu alam sekitar, isu pencemaran toksik, isu menyebabkan berlakunya pembuangan sampah yang tidak terurus dengan baik dan sebagainya.

“Ini kesan ‘derect’ kepada kita dan kehidupan kita. Berapa puluh loji terpaksa ditutup kerana pelanggaran kepada sistem dan pencemaran kepada punca-punca minuman kita.

“Dan ini sebenarnya sangat serius . Sebab itu saya fikir negeri dan kawasan kita peduli isu-isu alam sekitar,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Muktamar Tahunan PAS kali ke 68 di Kompleks PAS Kedah, pada Ahad.

Menurutnya, janganlah hanya menjadi pemerhati kepada apa yang berlaku sebab tengok gagasan alam sekitar yang betul menepati apa yang Allah gariskan dalam Al-Quran dan panduan hadis Nabi saw.

“Kita tahu bahawa kesan bila berlaku menyebabkan ia mengganggu sekuriti negara, menggangu seluruh infra kepanasan global dan meningkatkan suhu dunia yang kesannya banjir , hujan tidak menentu dan semua. Fenomena-fenomena ini sangat besar di luar,” jelasnya.

Sementara itu,40 peratus pengundi terapung mesti didekati dan diberi fokus membuktikan bahawa pengundi atas pagar akan jadi kuasa penentu di suatu kawasan dan parlimen.

“Maka oleh kerana pemantapan secara dekat mesti diambil kira, jangan tengok apa yang musuh buat. Itu kerja dia tapi kita mesti rangka apa kerja yang perlu kita buat.

“Dalam hal-hal ini awasi jarum-jarum halus musuh yang akan menyelinap masuk dalam pemikiran kita, di kalangan cawangan kita, kawasan-kawasan kita utuk menimbulkan rasa tak puas hati , tak setuju samada pada calon, pada kerusi dan rakan muafakat politik,” ujar beliau.

Beliau menambah, dalam merangka keputusan politik terpaksa korbankan sesuatu untuk mendapat keuntungan di tempat lain.

“Bila parti buat keputusan hendaklah kita dengar dan patuh, laksanakan arahan dan gerak kerja , insya Allah keberkatan akan ada bersama kita,” tambah Tuan Ibrahim.