Menang Dengan Mandat Lebih Besar

215

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) mahukan kemenangan yang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan mandat lebih besar bukan sahaja di Terengganu bahkan seluruh Malaysia.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan, YB Dato’ Hajah Mumtaz Mohd Nawi berkata, strategi dan pendekatan serta pasukan yang bertindak untuk negeri.

“Adat kena jaga ikhitalat kena jaga, jaga solat, jiwa kena besar, tasawwur siasi kena kemas, penyatuan ummah agenda utama.

“Kena bertindak jadi geografi rakyat kita. Jangan orang Dungun bercakap seolah orang Besut, pengundi rasa ‘confius’, bawa isu tapi dalam masa yang sama dan isu Terengganu kena faham.

“Supaya orang nampak dan jangan kita cakap seolah kita wakil muslimah jah serta kita kena faham isu setempat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Muktamar Tahunan DMPNT) kali ke-49 di Dewan Surau Abdullah bin Umar, Madrasah Darul Al Ansar, Lil Tahfiz Quran, Hulu Terengganu, di sini, Jumaat, 5 Ogos.


Menurutnya, rumah tangga dulu pada zaman 1999-2004 dan kini sedikit berbeza.

“Hari ini kita bergerak dan berjalan hala tuju bergerak ke arah Terengganu dalam versi kedua, versi berkerajaan, versi yang mempertahankan kemenangan, versi orang yang diberi kepercayaan, versi orang yang bertanggungjawab untuk jaga kebajikan negeri Terengganu,” ujar beliau.

“Kalau dulu kita cakap dengan orang belum nikah atau nikah cerai sudah leni (sekarang) kelik (balik) baik nak jaga rumah tangga lagumana supaya rumah tangga bina kali kedua di bina dalam kedaan benar-benar mantap.

“Kita kena dulu dah sekali . baloh (gaduh) dah sekali dulu tapi hari ini bila kita bergerak bertindak,” tegas Mumtaz.

Beliau menambah, gaya pemikiran, bertidak, bercakap, gaya berkhidmat tak sama dengan kuasa yang dulu pada zaman PAS menang dahulu.

“Menang satu isu tapi nak berlari semula nak menang serupa itu kita tak boleh pakai strategi hak dulu dan kena tambah penambahbaikan untuk melonjakkan kecemerlangan.

“Nak mempertahankan kemenangan, menang polisi sedia ada, khidmat sedia ada kena dengan penambahbaikan dengan pendapat baru, strategi baru dan lonjakkan kemenangan,” katanya.

Justeru itu, marilah sama-sama mempertahankan kemenangan yang ada ini untuk memperluaskan lagi empayar perjuangan Islam di seluruh negeri.