Terengganu, Malaysia

Membina Kekuatan Melayu Baru Atas Dasar Islam

Hishamuddin mimbar Jumaat

KUALA NERUS – Bangsa Melayu Islam perlu berubah dari menjadi bangsa yang lemah kepada satu bangsa yang bangkit dengan asas kekuatan Islam.

Hishamuddin bercakap Jamaah JumaatAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, disamping sepatutnya orang-orang Melayu membuka perniagaan yang besar, sebaliknya orang Melayu bersikap negatif yang tidak membawa keuntungan.

“Lihatlah (bagaimana) warga asing berbangsa Pakistan membuka empayar perniagaan perabut dan permaidani,

“Sedangkan kita yang mempersoalkan ‘survival’ bangsa melayu, hanya benci membenci dan bersikap hasad dengki,”ujarnya ketika menyampaikan khutbah di mimbar Jumaat, 17 Julai.

Bercakap di masjid Jamek Tok Jiring, Exco Pemuda PAS Malaysia menegur para pemimpin negara yang sering menjadikan agenda Melayu sebagai modal politik.

Katanya bantuan yang diberikan oleh kerajaan hanya mengikat orang Melayu terus bergantung dengan kerajaan.

Hishamuddin bersalam orang ramai“Apa kejayaan dari Dasar Ekonomi Melayu? Dimanakahmkedudukan bangsa Melayy0u yang terbela itu?

“Mengapa masing-masing (masih) berada dalam kesempitan hidup,”soal beliau.

Beliau mengkritik sikap orang Melayu yangnhanya berani mendabik dada sebagai seorang samseng, hanya kerana sebuah telefon bimbit, tetapi berdiam diri dengan penyelewengan dan kehilangan wang negara jutaan ringgit.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu juga kesal dengan tindakan segelintir orang Melayu dalam insiden berdarah yang berlaku di Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada minggu lalu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan