Media PRU-13; PR liputan terbanyak, tapi hanya 15% positif

973

Satu Kajian menunjukkan, pada pilihan raya umum ke-13 ( GE13 ), Pakatan Rakyat (PR) meduduki tempat teratas dari segi jumlah liputan media, namun malang bagi gabungan itu, tidak semua berita yang dilaporkan adalah berita baik.

Penolong Profesor dalam bidang Media dan Komunikasi Universiti Nottingham Malaysia, Dr Tessa Houghton berkata walaupun jumlah liputan yang tinggi, namun media menggambarkan Pakatan Rakyat dengan nada yang negatif.

“Pembangkang telah mendapat liputan yang lebih , tetapi apabila kita lihat nada, didapati (Ada) sejumlah besar ketidaksamaan (dalam laporan),” kata Houghton dipetik akhbar The Edge.

Kecuali Bernama , menurutnya, semua media lain dalam kedua-dua media cetak dan online mempunyai ruang liputan yang lebih untuk pembangkang berbanding dengan Barisan Nasional ( BN) dengan cetakan di semenanjung memberikan PR kekerapan yang paling banyak disebut iaitu 53.97 % – nisbah 1 : 1.25.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, nada melalui media cetakan berbahasa Melayu tidak memuji PR kerana 87.25 % telah menyerang mereka, 81.7% melakarkan wajah PR dalam negatif dan hanya kira-kira 15 % adalah positif.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Chang Peng Kee dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) berkata, hasil penyelidikannya juga serupa dengan dapatan kajian Houghton bahawa terdapat lebih banyak berita pro-BN berbandiing yang cenderung kepada pembangkang.

Penemuan beliau juga menyatakan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan, pembangkang telah mendapat liputan media yang semakin meningkat ke atas semua spektrum media.