MBKT ISO ??

1362

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/IMG_7576.JPGPersoalannnya, adakah MBKT benar-benar mencapai tahap sistem kualiti ‘standard’ antarabangsa itu, atau ia sekadar tulisan-tulisan diatas kertas semata-mata.Adakah MBKT telah melaksanakan aktiviti kerja sebagaiamana dinyatakan dalam prosedur yang didokumenkan untuk memperolehi pengiktirafan ISO?

Atau ia hanyalah satu propaganda politik kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu!

Tinjauan Buletinonline sekitar ‘bandaraya’ ini mendapati, perkara utama yang menjadi ukuran sesebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak berubah.

Sebagai sebuah PBT terawal di negeri ini, tahap kebersihan dan keceriaan dalam kawasan MBKT mendukacitakan, malah keadaannya masih seperti dahulu, sebelum ia dinaik taraf sebagai sebuah bandaraya.

Senario sampah sarap bersepah, melempah keluar dari tong-tong sampah kerana tidak dikutip pada masanya, masih menjadi suatu pemandangan biasa.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/mbktiso1.JPG
Keadaan longkang-longkang yang tersumbat, berbau busuk, hanyir dan berulat juga pasti akan ditemui dibelakang mana-mana pasar dalam kawasan MBKT.

Dibeberapa tempat tumpuan dalam bandaraya, status keceriaan hanyalah ‘ala kadar’, sekadar melepaskan batuk ditangga, gamaknya.

Jika dibuat penilaian terhadap perkara pokok ‘kebersihan dan keceriaan’ itu, MBKT jauh dari memenuhi kehendak pelanggannya, warga kota Kuala Terengganu (KT).

Selain itu, tahap perlaksanaan projek-projek bagi kemudahan rakyat turut mengecewakan.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/mbktiso4.JPGSeorang penduduk sebuah taman perumahan berkata longkang-longkang konkrit yang diletakkan di bahu jalan telah tersadai disitu sejak tiga bulan lalu.

”Mereka kata mahu bikin longkang besar, hantar longkang konkrit mari sini, tapi you tengoklah, sudah tiga bulan itu longkang duduk sana atas bahu jalan,

”kalau you tak percaya, tengok itu pasir, sampai sudah tumbuh rumput,”ujar warga KT yang berketurunan Sikh ketika ditemui wartawan buletinonline.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/mbktiso3.JPGSatu lagi projek kerajaan Barisan Nasional dibawah MBKT bersebelahan Pasar Kedai Payang kini menjadi sebuah projek ‘sakit’.

Bukan sahaja ia menjadi , ‘sakit mata memandang’ kepada setiap pengunjung, projek yang telah tersasar tarikh perlaksanaannya itu membuktikan pengurusan MBKT yang ‘sakit’.

Begitu juga dengan projek pembinaan gerai yang dilaksanakan oleh MBKT di pekan Batu Enam Kuala Terengganu.

Sumber dalaman MBKT memaklumkan kepada Buletinonline, projek tersebut sebenarnya toidak mendapayt kelulusan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ia adalah kerana, bangunan-bangunan gerai ‘yang nampak indah’ itu dibina dalam kawasan rezab jalan yang telah digazetkan oleh JKR.

Selain itu, sehingga semalam (13 Januari), projek yang telah ‘luput tarikh’ itu belum siap dan gerai-gerai berkenaan, ‘mungkin hanya diagih-agihkan kepada peniaga pada tahun depan pula’!

Apabila ditanya kepada peniaga Pasar Batu Enam terbabit, beliau berkata, pegawai MBKT telah datang membuat pemeriksaan dan didapati bangunan gerai tersebut tidak ada longkang.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/mbktiso6.JPG”Kena buat longkang pula, ada masalah, tak boleh beri lagi kedai (kepada peniaga), mungkin tahun depan pula, gamaknya,”sindir peniaga wanita tersebut.

Justeru, ISO 9001 2008, yang di sohorkan oleh MBKT, benar-benar satu retorika !

Sepatutnya dengan pengiktirafan tersebut, MBKT dapat Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan, namun rata-rata menggeleng kepala apabila ditanya tentang perkhidmatan yang diberikan oleh MBKT.

Pada tahun awal tahun 2008, sebelum Menteri Besar Dato’ Ahmad Said memegang tampuk pemerintahan.

Nampaknya, pengalaman bertahun-tahun Ahmad sebagai Exco berkenaan tidak dapat membawa apa-apa perubahan dalam etika kerja petuga-petuga MBKT

Ia mungkin kerana Kuala Terengganu bukan selayaknya menjadi sebuah bandaraya, namun dipaksa menjadi bandaraya, kerana mahu memenuhi kehendak politik pemimpin Umno/BN.

http://www.youtube.com/watch?v=PHYlK0RNL-w