MB Terengganu Gagal Memahami Enakmen Kanun Jenayah Syariah

862

Bagi seseorang wanita yang hamil atau melahirkan anak sebelum berkahwin tidaklah terus disabitkan di bawah hukuman zina seperti didakwa Dato Seri MB. Ini kerana dalam enakmen jelas menyebut bahawa jika perempuan tersebut dapat membuktikan dirinya dirogol, maka dia tidak akan disabitkan dengan kesalahan zina.

Perkara 46 (2) Kanun Jenayah Syariah Kelantan menyebut:

“Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan MELAINKAN jika dia dapat membuktikan sebaliknya.”

Ini membuktikan Dato Seri Ahmad Said tidak membaca enakmen tersebut secara menyeluruh dan mendapat nasihat yang salah dari penasihat agamanya. Seharusnya, sebagai seorang yang kurang arif dalam agama, Dato Seri sewajarnya mendapatkan penasihat agama yang betul dan arif tentang agama.

Dato Seri Ahmad Said juga seharusnya sedar bahawa Enakmen Jenayah Syariah ini bukan digubal mengikut kehendak pimpinan PAS semata-mata, tetapi merujuk kepada sumber Al-Quran dan Sunnah serta pendapat para alim ulama terkemuka. Enakmen ini juga sudah diwartakan dan ditandatangani oleh Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Ustaz Ridzuan bin Hashim
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
11 Disember 2011.