MB Simpati Mangsa Banjir Di Besut

190

Oleh: Nasihah Mustafa

BESUT – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan simpati melihat mangsa banjir di Besut yang yang diuji baharu sebulan lepas rumah mereka ditenggelami air.

“Hampir sebulan sekali kena mari duduk di PPS (Pusat Pemindahan Sementara) sekarang,” luah salah seorang mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut.

Samsuri bersama isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman telah melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bukit Payong dan Kampung La di sini pagi tadi.

Lawatan tersebut dilakukan sebagai bentuk sokongan kepada mangsa-mangsa banjir di Besut.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS DUN Hulu Besut, Ridhuan Mohd Ali turut melahirkan rasa sayunya melihat keadaan rumah-rumah mangsa, yang segelintirnya telah dibantu pihaknya mencuci baharu sebulan lepas

“Mungkin ini maksud perumpamaan peribahasa melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

“Semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada mereka yang terjejas,” ujarnya.