DUNGUN – Kemudahan infrastruktur untuk rakyat meneruskan aktiviti ekonomi yang sudah berjalan, sepatutnya lebih menjadi keutamaan kepada kerajaan dan Menteri Besar (MB) negeri Terengganu.
Tetapi seolah-olah sudah semakin menjadi kelaziman kepada Dato’ Seri Ahmad Said, menbelanjakan wang rakyat kepada kepada projek ‘gah’ yang belum pasti membawa kebajikan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mempersoalkan ‘kapasiti’ MB Terengganu turut serta bersama ekspedisi ke Antartika sedangkan beliau bukan Menteri berkaitan dan juga bukan seorang pakar atau saintis.


“ini satu pembaziran membelanjakan wang pembayar cukai kepada suatu aktiviti yang di pertikaikan keperluan dan kemunasabahanya,
“siapakah sebenarnya yang menganjurkan lawatan beliau itu dan berapakah kos sebenar lawatan itu?,”soalnya.
Wan Hassan berkata demikian ketika ditemui selepas bersama para nelayan dan penduduk setempat, bergotong royong membaikpulih jeti di Kampung Batu Tiong dekat sini.
Beliau berkata jeti yang dibina oleh LKIM pada 30 tahun lalu sudah terlalu uzur, struktur dan lantainya sudah reput dan sangat bahaya kepada keselamatan para nelayan.
Katanya, alangkah baiknya kalau wang yang digunakan membiayai perjalanan MB ke Antartika itu, digunakan untuk membaikpulih atau membina jeti baru untuk kegunaan nelayan di seluruh negeri.
“kalau dia (MB) benar-benar jujur dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat, dia tidak akan sanggup membiarkan rakyat hidup dengan kesusahan begini,
“dan dia pergi kononnya untuk kajian……..yang pastinya belum diketahui, boleh memberi faedah kepada rakyat atau sebaliknya,”jelasnya.


Dengan perbelanjaan sebanyak RM6,000 dan peralatan serta tenaga buruh yang disumbangkan secara sukarela, jeti itu kini selamat digunakan oleh para nelayan.
Seorang daripada mereka yang ditemui mengucapkan terima kasih tas usaha kedua-dua wakil rakyat DUN Rantau Abang dan Ahli Parlimen Dungun itu.
Rozita bin Yusof, 42, berkata usaha yang diambil oleh kedua-dua wakil rakyat PAS sangat murni, membantu para nelayan untuk mencari rezeki bagi seisi keluarga.
“saya ucap terima kasih kepada dua-dua wakil parlimen dan wakil Rantau Abang, memang jeti itu dah lama uzur, sudah diberitahu kepada pihak berkenaan, tetapi tidak ada tindakan,
“Alhamdulillah, terima kepada usaha Ustaz Wan Hassan dan Cikgu Alias,”ujarnya.
Rakannya, juga seorang nelayan, Zakaria bin Sulong, 53, mengukir senyum dan terharu melihat kedua-dua ‘Yang Berhormat’ turut sama, ‘menyingsing lengan’ turun bersama bergotong royong.
Katanya, nelayan Kampung Batu Tiong sudahmemohon supaya jeti tersebut diperbaiki, sejak 15 tahun yang lalu.





























