‘Mat Jebeng’ Bersama PAS Sehingga Akhir Hayat

2892

DUNGUN – PAS Felda Jerangau telah kehilangan tokoh istiqamah yang kekal berjuang sehingga akhir hayat, arwah ‘Mat Jebeng’ atau Mohamed Awang Kechik menghembuskan nafas terakhir jam tiga pagi tadi.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata arwah merupakan diantara pejuang awal PAS Felda Jerangau.

“Diwaktu sukar bagi menghidupkan PAS di Felda Jerangau namun sesekali tidak memalingkan dirinya (Mat Jebeng) dari terus berjuang.

“Kematiannya amat mengejutkan, kerana tiada tanda sakit yang kronik malah sempat mengajak rakan-rakan seperjuangan untuk hadir ke rumahnya pada hari ini kerana diadakan majlis tahlil untuk arwah isterinya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menziarahi arwah di kediamannya di Felda Jerangau.

Arwah Mat Jebeng menurutnya telah menghabiskan nafasnya yang terakhir sewaktu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana mengalami sesak nafas

“Setelah sampai ke hospital disahkan meninggal semoga ahli keluarganya tabah menerima pemergiannya.

“Siapa sangka jemputan ke majlis tahlil arwah isterinya, telah turut menjadi majlis tahlil untuk dirinya,” jelas beliau.

Arwah sewaktu dahulu katanya, cukup dikenali sebagai seorang yang garang.

“Namun difahamkan arwah dan juga arwah isterinya telah sama-sama tinggal di salah sebuah pondok pengajian di Besut.

“Setelah lama, dia (arwah) kembali ke Felda Jerangau, kerana telah menerima tarbiah sekian lama dari ‘pondok’ telah mengubah karakter diriny dari ‘bekeng’ kepada mempunyai perwatakkan yang berbeza dan tidak lagi seperti dulu, malah dilihat semakin mesra dan akrab dengan masyarakat Felda Jerangau, “ujarnya mengimbas.

Doanya, agar roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang soleh, serta ditempatkan di Syurga Allah, diterim segala amalan baiknya.

“Didoakan juga agar kita semua akan terus istiqamah bersama perjuangan meneggakan Islam bersama PAS dan mendapat pengakhiran yang baik,” ujarnya mendoakan semua ahli PAS yang sentiasa bersama di saat susah dan senang.

Arwah ‘Mat Jebeng’ telah disolatkan Di Masjid Muhajirin Felda Jerangau serta disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau seusai Solat Zohor.