Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana tidak mengambil Islam sebagai cara hidup.
Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail berkata, masyarakat perlu kembali kepada Islam itu sendiri bagi menangani masalah gejala sosial yang semakin kerap berlaku mutakhir ini.
“Ini adalah satu perkara amat mengejutkan dan amat menyedihkan terutama (ia berlaku) dalam negeri Terengganu, lebih-lebih lagi di kawasan (DUN) Menteri Besar yang mana perkara ini tidak seharusnya berlaku,
“Dan pada hari ini seorang remaja dalam usia yang muda sepatutnya beliau masih lagi belajar tetapi ditangkap kerana didakwa memiliki dadah dalam jumlah yang amat besar”, katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, semalam dan diminta mengulas isu seorang remaja berusia 18 tahun di tahan polis kerana memiliki 2200 pil kuda yang dilaporkan media minggu lalu.
Oleh itu, beliau berharap masyarakat dapat melakukan prubahan kerana gejala negatif yang sangat menular, sehingga ke kampung-kampung.
“Sepatutnya perkara seumpama itu tidak berlaku dan kita rasa yang amat sedih dengan kejadian ini,
“Kita mengharapkan agar satu perubahan akan berlaku dlm pilihan raya umum (PRU) yang akan datang” , ujarnya.


Justeru, bagi pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia, saya menyeru agar perkara ini diambil serius oleh pihak berwajib.
Beliau juga menyeru dapat mengyundi PAS dapat mengubah kerajaan pada PRU14 agar undang-undang Islam dapat diperkasa dan dilaksanakan.
“Saya menyeru kepada penduduk di terengganu khususnya Seberang Takir ini, marilah kita membuat satu perubahan yang bijak terutama kaum muslimat dan wanita muda di kawasan ini untuk generasi yang akan datang,
“Supaya anak cucu kita tidak menyalahkan kita pada apa yang berlaku pada hari ini dan kita mesti berusaha untuk mengubah kehidupan dengan mengambil Islam sebagai penyelesaian”, tegas beliau





























