Masyarakat Peneroka Mulai Sedar Kepincangan Felda

1072

Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Para peneroka Felda kini mulai sedar tentang kepincangan yang berlaku dalam pengurusan Felda, terutamanya golongan generasi kedua yang telah menunjukkan perubahan.

Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, mereka mula berani menzahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat tanpa rasa takut dengan beramai-ramai menyertai PAS.

Katanya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin yang baru lalu, menjadi tanda aras kebangkitan peneroka Felda melawan kezaliman dan penindasan kerajaan Umno/BN terhadap mereka.

ceramah kerteh“Pelbagai masalah yang melanda Felda, saham (FGV) telah jatuh teruk, hanya tinggal RM1.65 seunit hari ini dan dividen 800 unit saham hanya sebanyak RM32.00 sahaja,

“menyebabkan peneroka Felda mulai sedar kepincangan yang berlaku dalam Felda dimana Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sendiri pernah digantung keahlian dalam Umno kerana terlibat dengan politik wang atau rasuah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, pada sabtu 4 Jun.

Turut berucap pada majlis tersebut adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi ANAK Mazlan Aliman dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Felda (KPF) Dato Sachu Sawal.

Sebelum itu Ustaz Alias telah menyampaikan sumbangan sempena Eidul Fitri kepada 60 keluarga kurang berkemampuan serta 14 orang anak yatim di Felda Kerteh 5 dan 6.

Sehubungan itu, Ustaz Alias yakin sokongan anak peneroka Felda dan golongan Gen Y akan mempengaruhi keputusan pilihanraya akan datang khususnya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.

Justeru, beliau menyeru masyarakat Felda di Kerteh 5 dan 6 agar bersama PAS melakukan perubahan dalam PRU ke-14 akan datang dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai ‘wadah baru’ kerajaan yang memerintah.