Masalah Saliran dan Perparitan; Kerajaan Tidak Ambil Tindakan Berkesan

1853

MARANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong melahirkan kekesalan kerana banyak kawasan dalam kawasan tersebut yang ditenggelami air, termasuk pecan Bukit Payong sendiri.

IMG-20141118-WA0051Menurutnya, memang hujan turun dengan lebat dan berterusan selama beberapa hari, namun keadaan saliran dan perparitan yang bermasalah, adalah punca berulangnya banjir dikawasan terbabit.

Katanya, beliau telah memberi peringatan dan membuat aduan kepada kerajaan negeri Terengganu agar diambil tindakan menyelesaikan masalah tersebut.

“Dalam persidangan (Dewan Undangan Negeri)………….saya sudah cadangkan kepada krajaan supaya buat kajian tentang kawasan yang sentiasa (berlaku) banjir………..apakah punca dan sebab (ia berlaku),

“(hasil kajian) yang ditemui (adalah) untuk memudahkan pihak kerajaan ambik tindakan,

IMG-20141118-WA0102“(tetapi) kelihatan kerajaan tidak ambil tindakan yang agresif dalam menyelesaikan saliran dan perparitan. Pihak kerajaan sewajarnya turun padang untuk menyelesaikan segera (masalah ini),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat beberapa kawampung dan kawasan perumahan sekitar, yang dilanda banjir pada petang Selasa, 18 November.

Antara kawasan yang dilawatinya adalah Kampung Kubang Palas, Kawasan Kampung dan Perumahan Batu 9 dan Kampung Paya Resak.

Hujan lebat sejak hari Jumaat lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Bukit Payong mula dinaiki air dan mengakibatkan sebahagian kecil penduduk telah diarahkan berpindah.

IMG-20141118-WA0086Sehingga tengah semalam, sebanyak 81 keluarga yang keseluruhannya berjumlah 384 orang didaftarkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Seri Payong.

Mereka dikenal pasti datang dari kawasan sekitar Pekan Bukit Payong seperti kawasan Perumahan Awam Kos Rendah berhampiran Giat Mara Bukit Payong.

Mangsa banjir itu mula dipindahkan pada waktu senja setelah air naik dengan agak pantas, mengakibatkan sesetengah kawasan rendah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

Sehubungan dengan itu Majlis Tindakan DUN Bukit Payong telah mengaktifkan Bilik Gerakan setelah ditubuhkan seminggu yang lepas bagi memberikan bantuan yang sebaik mungkin kepada mangsa-mangsa.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata, ‘Skuad Banjir’ DUN Bukit Payong telah pun bergerak dan memberikan khidmat kepada orang ramai.

IMG-20141118-WA0159“(mereka) yang terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan di sekitar Bukit Payong, telahpun bergerak membantu sebahagian mangsa memindahkan barang-barang mereka ke tempat yang selamat.

“Dijadualkan esok bantuan akan mula diagihkan kepada mereka yang terjejas tetapi tidak meninggalkan kediaman mereka untuk ke pusat pemindahan,”katanya, yang turut menghulurkan sedikit bantuan dalam lawatannya.

Justeru, bagi mereka yang memerlukan khidmat di sekitar Bukit Payong, samada untuk pemindahan, bantuan banjir dan juga kerja pembersihan serta bantuan lain, bolehlah menghubungi Haji Zamri 019-9842382, Mustaffa 019-9276510, Mr.Boo 019-9484883 dan Mat Chah 014-5078896.

 

IMG-20141114-WA0065