SHAH ALAM – Masalah sedang melanda negara Malaysia ketika ini adalah masalah yang dihadapi oleh rakyat semua peringkat dan semua golongan, tidak kira bangsa atau pun agama.
Pengerusi Kongres Rakyat 2015, Azmi Abdul Hamid berkata perkara tersebut dinyatakan dengan jelas dalam ucap utama program itu yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


“sebab itu Kongres ini disyorkan bagi memberi peluang kepada rakyat melontarkan suara dan pandangan mereka,”ujarnya pada sidang media sesi pagi Kongres Rakyat di sini.
Katanya, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia juga dalam ucapannya telah menyatakan kerungsingan yang amat sangat, kerana terlalu banyak perselisihan yang berlaku dalam negara ini.
“seperti yang telah disebutkan juga tadi, kita sangat rungsing dengan terlalu banyak perselisihan antara parti dengan parti, antara kaum dengan kaum,
“saya kira kongres ini telah memberi satu saluran supaya (diberikan) tumpuan kepada persoalan rakyat ini dengan seikhlasnya,”jelas Azmi.


Katanya, ia melebihi peruntukan yang telah ditetapkan sebanyak 1500 kerusi untuk prwakilan dan 1000 kerusi bagi pemerhati bagi kongres itu.
Menurutnya, dari pembentangan enam isu oleh enam orang tokoh dan 16 perbahasan dari enam belas orang wakil-wakil dari semua sektor akan menghasilkan dua kertas, Usul Rakyat dan Pelan Tindakan Rakyat.
“kita harap dengan suara yang dibentang dan pandangan yang dikupas, Kongres ini akan menghasilkan dua kertas, Usul Rakyat an Pelan Tindakan Rakyat,
“tindakan seterusnya bagi kedua-dua kertas itu, akan saya umumkan dipenghujung Kongres pada petang ini,”jelasnya.
https://youtu.be/CQ6w1feyMq0





























