Masalah Lif Rosak PPR Padang Hiliran Masih Belum Dibaiki

5740

KUALA TERENGGANU – Kerosakkan lif yang berlaku di rumah pangsa (flat) PPR Padang Hiliran sejak Julai lalu, masih tiada jalan penyelesaian hingga ke hari ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Bandar Khairuddin Muhamad, beliau telah membuat tinjauan ke kawasan perumahan tersebut apabila mandapat aduan dari penduduk.

“kami daripada Pemuda PAS DUN Bandar sekali lagi turun meninjau serta menyantuni permasalahan penghuni flat tersebut,

PPR Padang Hiliran
Flat PPR setinggi 17 tingkat dan baru beroperasi,  diduduki hampir tiga tahun itu mempunyai tiga blok keseluruhan serta terdapat sebanyak tiga unit lif untuk setiap blok.

“dan kami dapati kesemua lif pada ketiga-tiga blok flat tersebut sering mengalami kerosakkan yang berulang-ulang terutama lif di blok C,

“Malah, dua unit lif di blok C sudah tidak berfungsi semenjak Aidilfitri lepas,”jelasnya kepada pihak media semalam, Selasa 1 November.

Katanya, ia menimbulkan kesusahan para penduduk dan pihak bomba sudah bekali-kali dikejarkan ke flat terbabit untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap dalam lif yang rosak.

“Seorang perempuan warga emas yang sempat kami temui meluahkan rasa kecewa kerana masalah ini dipandang ‘sambil lewa’ oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Beliau yang tinggal ditingkat sembilan terpaksa berulang-alik dengan hanya menggunakan tangga,”kata beliau.

Keadaan itu juga, kata beliau, membuatkan para penghuni merasa bimbang dan takut untuk menggunakan lif terutamanya kepada warga emas serta kanak-kanak.

“apa yang menjadi ‘musykil’ pihak kami adalah…….kami dimaklukan bahawa kos penyelenggaraan flat ditanggung oleh penghuni sebanyak RM50 setiap bulan,

“jadi ke manakah perginya wang tersebut? Mengapakah flat yang rosak belum dibaiki sepenuhnya sehingga ia dapat berfungsi dengan selamat?,”soal beliau.

Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan, aduan demi aduan sudah dibuat kepada pihak urus selenggara flat iaitu P-Excell Management Sdn. Bhd. namun hingga sekarang tiada lagi tindakan susulan dibuat.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menyelesaikan segera masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit.

“kami mengharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera bagi menjaga kebajikan penghuni flat berkenaan.

“Bukan hanya bertindak apabila hampirnya pilihanraya sebagai ‘sogokan’ kepada rakyat,”tegasnya.

Berita Sebelum ini;

Baiki Segera Lif Rosak Di PPR Padang Hiliran

 PPR Hiliran; Rakyat Mangsa Politik Murahan Umno Terengganu