Masalah Dalaman PAS Selesai; Hanya Tiga Kawasan Adakan Mesyuarat Semula

1522

BESUT – Krisis yang digembar-gemburkan melanda PAS, pada hakikatnya terlalu kecil apabila sebenarnya hanya tiga kawasan di seluruh negara yang perlu mengadakan mesyuarat agung sekali lagi.

Tuan Ibrahim1
“macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada PAS (tentang RUU 355)……ada yang kata PAS tak ada kerja lain…….bila PAS bawa ke Parlimen”

Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kawasan tersebut adalah, satu di Johor, satu di Melaka dan satu di Pulau Pinang.

“Saya diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan kawasan yang bermasalah……PAS Pusat telah menhhantar surat dan meminta kawasan-kawasan tersebut mengadakan mesyuarat semula,

“di Johor…….Kawasan Sri Gading, diadakan mesyuarat kerana tiga permpat Ahli Jawatan Kuasanya melatak jawatan dan keluar parti,

“bila diadakan mesyuarat………PAS menerima 56 borang penyertaan ahi baru di kawasan itu dan dapat diselesaikan,”jelasnya.

amakan malam H Besut1Beliau menyifatkan masalah dalaman PAS telah selesai dengan kebangkitan para pemuda dan penyertaan beramai-ramai ahli baru menyertai PAS.

Beliau mendedahkan perkara tersebut ketika menyampaikan ucaputama pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya DUN Hulu Besut, di Dewan Haji Salleh, Jertih semalam 26 Oktober.

Sementara itu, beliau berkata, tuduhan dan cacian serta tentangan beberapa pihak terhadap Rang Undang-undang Persendirian Pindaan Akta 355 (RUU 355) Mahkamah Syariah adalah kerana kemenangan Islam semakin hampir.

“macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada PAS (tentang RUU 355)……ada yang kata PAS tak ada kerja lain…….bila PAS ke Parlimen,

amakan malam H Besut“(ada yang kata) kalau lulus maknanya ada kerjasana PAS dengan Umno……kalau tak lulus dia kata PAS kena tipu dengan Umno, bila kita bawa macam-macam tentangan,
“itu sebenarnya kemenangan Islam (PAS) sudah semakin hampir…….percayalah tuan-tuan sekalian!,”tegasnya.

Sehubungan itu, menurut beliau, pelbagai parti politik kini, menyatakan hasrat untuk bekerjasana dengan PAS, termasuk ‘orang-orang kecewa’ yang menubuhkan parti baharu.

“mereka hantar surat mahu berjumpa dengan pemimpin PAS…….menyatakan mahu bersama PAS dunia dan akhirat,”ujar beliau.

amakan malam H Besut2Hadir sama dalam Majlis Makan Malam tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulamak yang Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang, Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dr. Riduan Mohd Nor, Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar.

Kehadiran Dato’ Tuan Ibrahim di Majlis itu adalah dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke kawasan Besut.

Pada sebelah petangnya, Timbalan Presiden PAS bersama Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda telah menziarahi 10 buah rumah penduduk yang sakit dan uzur di Felda Tenang, Hulu Besut.