Mantan ADUN Jabi Kembali Ke Rahmatullah

2109

Terima berita Alfadhil Ustaz Zahari Muhammad, ADUN Jabi 1990 – 1995 meninggal dunia di HSNZ Kuala Terengganu pagi ini. Allahyarham yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu serta pernah berkhidmat sebagai Setiusaha Akhbar Menteri Besar Terengganu ketika tahun 1999-2004 adalah juga merupakan bekas Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi.

Raya-Jabi4
Almarhum Ustaz Zahari, dua dari kanan ketika bersama memeriahkan rumah terbuka DUN Jabi Syawal lalu

Innalillah wainna ilaihi raajiuunn…

Semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada dan solehin.

Bagi pihak Majlis Tindakan Dun Jabi, saya rakamkan ucapan takziah dengan rasa kesedihan yang mendalam kepada seluruh kelurga dan sanak saudara Allahyarham. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga dan sanak saudara dalam menerima musibah ini.

Kepulangan beliau kerahmatullah bukan sahaja kehilangan kepada kaum keluarga tetapi juga merupakan kehilangan besar kepada PAS Jabi.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Majlis Tindakan Dun Jabi
23 Oktober 2016