KUALA TERENGGANU – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah dilaporkan telah ditembak di rumahnya sebentar tadi, sebaik beliau kembali dari menunaikan solat Jumaat.
Menurut sumber, seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Marang telah menghantar mesej kepada beliau dan memberitahu perkara tersebut.
“Saya terima berita dari seorang AJK Umno bahagian (Marang) yang memaklumkan Mantan YB Alor Limbat Alias Abdullah baru ditembak di hadapan rumahnya tadi. Beliau telah dikejarkan ke hospital Kuala Terengganu….tunggu berita rasmi nanti,”ujarnya.


Sumber lain menyatakan, beliau telah ditembak oleh dua orang penunggang motosikal yang tidak dikenali di bahagian dapur rumahnya.
Maklumat dari para petugas media mengesahkan kejadian tersebut, tetapi bagaimana kejadian berlaku dan perkembangan setakat ini masih belum dapat dipastikan.
Alias (gambar kiri) , 51, memnangi kawasan DUN Alor Limbat dari tahun 2004 sehingga 2013 adalah seorang peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa.
Alias juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Marang dari tahun 2004 hingga 2008



























