Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia(PAS) Terengganu menjanjikan manifesto umpama mengukur baju dibadan dengan mengkaji secara terperinci dan mengikut kemampuan yang ada.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berkata janji itu amanah yang harus dilaksanakan.
“Kita(PAS) tidak menjanjikan sesuatu yang diluar kemampuan dan mustahil dapat dilaksanakan, jadi Kad Sejahtera itu adalah janji manifesto PAS Terengganu untuk membantu rakyat dan meringankan beban rakyat,” ujarnya.


Di majlis tersebut seramai 316 orang penerima Kad Sejahtera telah menerimanya yang akan memberi kemudahan untuk mendapat rawatan di klinik swasta terpilih.
“Ini adalah usaha kerajaan yang bukan sahaja untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tetapi juga mementingkan keberkatan dan keredhaan dari Allah,” ujarnya.




























