KUALA TERENGGANU – Komitmen dan persiapan PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, cukup menyakinkan apabila mengumumkan lima manifesto awalnya.
Jelas sekali, ia telah menggerunkan ‘musuh’ apabila Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat turut melancarkan janji pilihanraya dengan tema ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’,
Samada musuh tradisi Umno atau DAP dan sekutunya, jelas menzahirkan ketakutan masing-masing dengan menabur fitnah, sehingga merekayasa ‘manifesto tipu’ yang menokok tambah idea tulin PAS, bertujuan untuk memesongkan perhatian rakyat.


“Kita (PAS) melancarkan lima manifesto awal untuk janji kita kepada rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Khususnya, dari kalangan pemuda-pemuda yang berani membuat perubahan ini.
“Tema untuk kita semua bergerak dan menjanjikan manifesto kita sempena menghadapi PRU ke-14.


Namun kerana hasad dengki dan tidak mampu berhujah, musuh-musuh PAS mencipta kepalsuan dengan memuatnaik yang mereka dakwa sebagai Manifesto Ke Sebelas, yang berbunyi RM300 Sebulan Bagi Rakyat Terengganu Berpendapatan RM3000 Ke bawah’.
Tanpa segan silu, ‘lidah hitam’ di bawah pentadbiran Menteri Besar ‘Terengganu Times’ menyiarkan fitnah satu lagi kejahatan dengan penipuan yang berbunyi ‘PAS Terengganu Lancar 5 Manifesto ‘AUDI’ PRU 14.


Beliau menyifatkan, ia adalah kejayaan awal PAS bagi meraih sokongan rakyat Terengganu, apabila Umno, BN, DAP dan sekutunya, menyebarkan fitnah.
“Alhamdulillah…..kita dapat promosi percuma,”kata beliau bersahaja.
Menurutnya, lima manifesto awal yang tulin diumumkan pada Sabtu lalu ialah, pertama, memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediamannya.


Keempat, peruntukan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal dan kelima, karnival kahwin kali pertama percuma setiap DUN di seluruh negeri Terengganu,”tegasnya.






























