Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan

190

DUNGUN -Mangsa kebakaran yang berlaku di Jongok Batu pada dua minggu lepas menerima sumbangan PAS Dungun menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Pengerusinya, Cikgu Alias Harun yang bersimpati dengan mangsa yang tiada di rumah ketika kejadian.

“Hari ini, saya dapat melihat sendiri, rumah habis dijilat api dan hanya tinggal rumah yang bahagian bersimen tidak musnah, kita harap mereka sekeluarga bersabar di atas musibah yang terjadi, adalah tu Allah hendak gantikan yang lebih baik,” ujarnya.

Cikgu Alias berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau di tempat kejadian di sini semalam.


Turut sama Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Timbalan Pengerusi Lajnah, Zakariah Yusof.

Sementara itu mangsa kebakaran, Rosman Mohamad, 43 berkata beliau hanya menyedari rumahnya hangus terbakar pada waktu petang semasa tiba kebetulan semasa kejadian, beliau dan keluarga tiada di rumah kerana pulang ke Paka.

“Kami ada rumah kat Paka, anak-anak bersekolah kat Paka, kalau ada ‘shut down’ ( kerja projek) saya akan kerja kat Paka, kalau tak, saya akan duduk sini, tanam sayur, bila hari minggu isteri dan anak-anak akan balik sini,” katanya yang redha diatas musibah tersebut.