Terengganu, Malaysia

Mangsa kebakaran 1 Syawal perlu sumbangan

Mangsa kebakaran 1 Syawal perlu sumbangan

Di saat semua warga kota masih lagi bergembira meraikan hari raya sempena kedatangan bulan Syawal 1434, segelintir daripadanya berduka kerana ditimpa musibah atau dugaan dari Allah.

Antara mereka adala beberapa orang penduduk Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur telah ditimpa musibah kebakaran pada 1 Syawal baru-baru ini.

Sehubungan itu, sekumpulan anak muda dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengambil inisiatif menziarahi mereka dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan kehidupan yang dihadapi.

Majlis ringkas tersebut diadakan Pusat Komuniti Sentul Perdana yang menempatkan sementara mangsa kebakaran tersebut.

DSC_0359Ketua Pemuda WP, Kamaruzaman Mohamad menyatakan Pemuda PAS WP akan berusaha untuk melaksanakan khidmat kebajikan kapada rakyat semampu mungkin dan meminta agar semua mangsa kebakaran tersebut tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT.

“Pemuda Wilayah komited dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di Wilayah Persekutuan ini. Insya Allah, Dewan Pemuda PAS WP juga akan menubuhkan sebuah tabung kebajikan untuk membantu warga kota yang ditimpa musibah dalam masa terdekat,”ujarnya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada wakil mangsa kebakaran berupa sedikit wang tunai dan keperluan seharian mangsa berada di komuniti tersebut.

Turut hadir dalam rombongan ini ialah Sdr. Mohamad Suhaimi selaku Timb. Ketua Pemuda, Sdr. Nurul Islam Mohammed Yusoff, Sdr. Yusapiza, Sdr. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dan beberapa orang exco lagi.

Dilaporkan, seramai 29 buah keluarga yang terlibat dengan tragedi kebakaran itu termasuk, 6 orang ibu tunggal, 3 anak yatim dan 2 orang OKU (orang kurang upaya) serta 2 orang daripadanya yang sedang menerima rawatan dialisis kerana derita buah pinggang.

Mereka amat memerlukan sumbangan berbentuk wang ringgit, ubat-ubatan dan keperluan diri yang lain. Kepada yang ingin memberikan sumbangan, boleh terus hadir ke Pusat Komuniti Sentul Timur berdekatan LRT Sentul Timur.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan