Malaysia ‘Wajib’ Membantu Warga Rohingya Yang Dibadai Gelombang

1119

Sempadan umat Islam itu adalah sempadan aqidah dan menjadi kewajipan kepada seseorang muslim itu membantu saudara seaqidahnya yang ditindas dan dizalimi.

IMG-20150521-WA0002(1)Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, selaku kerajaan umat Islam, Malaysia mesti menghentikan kebiadapan rejim Myanmar yang telah sekian lama ‘menyembelih’ umat Islam Rohingya.

“sempadan kita ialah sempadan aqidah………….wajib bantu muslim yang tertindas…….kerajaan Malaysia mestilah menghentikan ketololan dan kebiadapan rejim Myanmar,

“yang telah menzalimi saudara-saudara kita umat Islam Rohingya dengan penafian hak, pembunuhan, pengusiran yang tidak langsung berperikemanusiaan,”tegasnya.

rohingya hanyut7Beliau berkata demikian, selepas bersama-sama menyertai ratusan umat Islam negara ini termasuk ahli dan penyokong PAS dan juga wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, menghantar satu memorandum kepada keduataan Myanmar, di sini pada Khamis 22 Mei.

Beliau kesal dengan tindakn wakil ‘rejim’ Myanmar di Malaysia itu yang tidak mahu menerima memorandum tersebut yang merupakan luahan hati umat Islam Malaysia, mewakili saudara-saudaranya di seluruh dunia.

“saya hadir ke kedutaan Myanmar………. bagaimana pun memorandum tidak diterima . Kebiadapan rejim Myanmar dan ketololan berpisah tiada.

rohingya hanyut2“Kami mendesak Malaysia membantu lebih 6000 pelarian yang masih terumbang-ambing, tidak ketentuan nasib mereka dibadai gelombang Laut Andaman,”jelas beliau.

Oleh itu, beliau menegaskan kerajaan Malaysia wajib mendesak PBB untuk campurtangan dan juga menggerakkan misi bantuan menyelamatkan nyawa umat Islam yang tidak berdosa itu.

“Jika krisis kemanusiaan dan tragedi peperangan di Vietnam dalam dekad 70-an, kita boleh membantu dan sediakan Pulau Bidong untuk penempatan pengungsi,

“mengapa tidak untuk Muslim Arakan, saudara akidah kita…….??,”soal beliau