Itulah tema Ucapan Dasar Muktamar PAS Pusat ke 68 yang disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Awang di Kompleks PAS Kedah hari ini.
Dalam kandungan ucapan beliau, ia meyentuh berkenaan Negara Hidayah, Kepimpinan Berintegriti, Prihatin Adil dan Berkebajikan sebagai permulaan ucapan beliau yang mana penekanan yang diinginkan oleh PAS.
Beliau mengajak semua rakyat bertaqwa dan pasti akan menerima bantuan dari langit dan bumi oleh Allah sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam ayat ke 86 surah al-A’raf yang mana hukum Allah ini, bukan satu teori sebagaimana ideologi-ideologi lain.
Ia berpandukan iman dalam memerintah dan taqwa dengan contoh orang Arab yang dari kehidupan di padang pasir dan jahil, menjadi umat yang bertamadun dan berjaya memimpin dunia, bukti yang sangat jelas dan nyata apabila al-Quran diambil sebagai pedoman.
Negara sejahtera akan membawa kebaikan dunia dan akhirat mengikut acuan Allah dengan pemimpin yang sentiasa mentaati perintah Allah, ekonomi yang adil, kebajikan yang menyeluruh, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berwawasan akhirat.
Manakala kepercayaan tiada siapapun yang mengatasi hukum Allah akan menerbitkan Negara Hidayah yang mana ia ada dalam perlembagaan PAS iaitu menjulang hukum Allah dan Rasul adalah sumber tertinggi dan juga semua calon PAS wajib berbaiah atas nama Allah untuk menjaga integriti.
“Sesiapa yang tidak memelihara integriti pasti akan melompat sendiri kerana mereka kepanasan walaupun berada dalam bilik berhawa dingin, atau dipecat dengan tindakan disiplin.
Parti tidak rosak, terus maju dan subur berkembang, sentiasa menambahkan ahli, kawasan, cawangan dan penyokong,” tegas beliau.
Dengan bidang kuasa yang terbatas, tetap melaksanakan perlaksanaan berkesan di neger-negeri yang PAS perintah serta juga di beberapa kementerian yang PAS menjadi menteri, sesuai dengan hadis Rasulullah, apa-apa yang tidak boleh dilakukan kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan semuanya.
Peringatan beliau berkenaan kegagalan negara-negara Islam dalam mempertahankan sumber harta kerana tiadanya kualiti pemerintahan yang disebutkan itu, malahan menjadi buah catur kepada negara kuasa besar yang bukan Islam.
Di Malaysia juga terjadi apabila bantuan-bantuan tidak sampai sepenuhnya ke sasaran iaitu rakyat terbawah, membuktikan peruntukan bocor di tengah jalan kerana salah urus harta negara.
Daripada semua syarat ini, maka akan lahirlah pemimpin yang berintegriti yang mampu memberikan jaminan bagi melaksanakan manifesto yang dijanjikan dengan benar, kerana pemimpin sebegini takut menipu rakyat disebabkan amaran Allah dalam surah al-Isra’ ayat 71-72.
Islam mewajibkan agar berlaku adil kepada semua manusia yang dengan konsep keadilan ini mewujudkan masyarakat majmuk yang dilayan secara adil.