KUALA TERENGGANU – Solat adalah wajib atas setiap muslim yang mukallaf walau apa jua keadaan sekalipun, sehinggakan Islam telah menetapkan tatacara solat bagi orang yang sakit kerana solat adalah menjadi fardu ain kepada semua muslim.
Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata beliau terkejut apabila mengetahui bahawa 80% pesakit tidak menunaikan solat.
“Saya terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Persatuan Pembelajaran Perubatan Pasca Siswazah (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang menyebut


Beliau berkata, menurut Pengerusi Persatuan tersebut, Dr Nujaimi Uidin berkata pesakit memberikan pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan solat.
Sehubungan itu, katanya, PAS melahirkan rasa dukacita terhadap keadaan itu, apatah lagi ia berlaku kepada negeri yang digelar Darul Iman
“kenyataan tersebut amat mendukacitakan terutama sekali ia berlaku kepada Terengganu Darul Iman.
“saya difahamkan juga bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan satu konsep yang diberi nama Hospital Mesra Ibadah (HMI) lebih 5 tahun yang lepas.
“Akan tetapi perlaksanaan bagi merealisasikan konsep tersebut jauh terkebelakang. Ianya nampak tidak kemas dan tiada penegasan dari Pihak Hospital itu sendiri,”jelasnya.
Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong mpersolkan, adakah anggota hospital yang telah dilatih setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan protokol atau tatacara dari HMI tersebut?
Katanya, jika HMI ini dilaksanakan sepenuhnya, sudah tentu pesakit akan termotivasi bagi melaksanakan ibadah fardu ain mereka.
Disamping itu PAS melihat, suasana wad di HSNZ tidak kondusif untuk memudahkan pesakit melaksanakan ibadah harian mereka.
“Sebagai contohnya, sistem tandas yang tiada pengasingan antara tandas dan tempat mengambil wudhuk.
“Begitu juga tiada debu tayammun disediakan oleh pihak berwajib bagi membolehkan setiap pesakit yang terhalang mengangkat wudhuk dengan air,”katanya.
Kenyataannya kata beliau, menurut tinjaun yang telah dilakukan, pihak hospital tidak proaktif dalam memberi penerangan kepada pesakit mengenai kepentingan ibadah solat.
Bahan-bahan bermanfaat yang menerangkan tatacara solat semasa sakit, kata beliau, juga tidak diwujudkan secara komprehensif.




























