Majlis Isytihar Calon Boleh Diikuti Secara Langsung

1083

BINTULU – Persiapan untuk Majlis Pengisytiharan Calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Kali Ke-11 (PRNS 11) yang akan diadakan disebuah hotel pada jam 8.00 malam ini berjalan lancar.

Tinjauan kru KAMI, Zam Zam Zakaria ke premis tersebut mendapati, paara petugas dan Unit Amal sedang menyudahkan persiapan akhir bagi acara bersejarah itu.

IMG-20160406-WA0090“beberapa petugas Unit Amal sedang memasang bendera PAS dan menyudahkan persidapan akhir sebelum majlis isytihar calon malam ni,

“media utama juga telah siap memasang peralatan mereka,”ujarnya.

Menurutnya, Majlis tersebut akan disiarkan secara lansung (Live Streaming) di TV PAS dan Radio Internet Hijau fm. dan akan dapat diikuti melalui https://www.youtube.com/tvpaspusat.

Sementara itu, Ketua Paukan Pembantu dari Negeri Terengganu yang sedang berada di DUN Sadong Jaya, berkata, mereka sedang menziarah UPU Semera, UPU paling besar di Sadong Jaya.

Kata Dr. Azman Ibrahim,UPU tersebut menang 80 undi dalam PRN lepas.

Menurutnya, beberapa isu utama dibangkitkan oleh penduduk tempatan antaranya adalah ketidakpuasan hati mereka kerana calon PKR dalam PRN lepas, terus hilang lepas pilihanraya.

IMG-20160406-WA0033“Mereka nak calon yang sentiasa boleh bersama rakyat……..tapi calon PKR lepas tidak turun selepas kalah bertanding,

“Isu GST sangat berkesan bagi pengundi Cina dan mereka mohon tenaga kempen yang berkualiti terutama yang boleh cakap Cina,”ujarnya ketika menghubungi pihak kami.

Dalam pemerhatian beliau lagi, soal kebajikan adalah antara fokus utama kempen PRN 11 pada kali ini dan membuat perkiraan, DUN tersebut akan ditandingi oleh empat calon pada kali ini.

“Di sini ramai pengundi atas pagar yang tak menzahirkan diri. Secara senyap menyatakan kesedian untuk pangkah PAS,
“saya jangka (DUN) Sadong Jaya akan berlaku persaingan 4 penjuru. Diantara calon PAS, BN, Bebas pro BN, Bebas bekas PKR,”jelasnya.