Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada pasukan peguambela Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang telah berjaya dalam kes saman fitnah yang dibicarakan di mahkamah persekutuan Putrajaya hari ini.
Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat bersyukur kepada Allah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli 

“kita ucap tahniah kepada pasukan peguambela yang terdiri daripada Setiausaha Agomg PAS Dato’ Takiyuddin Hassan serta Wan Jawahir,
“alhamdulillah dan terima kasih kepada ahli dan penyokong yang berterusan memberi sokongn dan bersolidariti (sejak) di mahkamah Kuala Terengganu, mahkamah rayuan dan hari ini di mahkamah persekutuan di Putrajaya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadirkan diri dalam perbicaran saman yang melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Bukit Besi.


Oleh itu, beliau bersyukur kerana Allah telah menggagalkan usaha pelbagai pihak untuk mencalarkan imej Tuan Guru Presiden PAS.
“Hari ini telah terbukti bahawa Tuan Guru Presiden bebas daripada fitnah tuduhan untuk dikaitkan dengan ‘isu pil kuda’,
“Yang cuba digambarkan (oleh mereka bahawa) Tuan Guru Presiden memfitnah orang (tetapi sebaliknya)……..semoga perjuangan kita dapat diteruskan dengan istiqamah hinggalah kemenangan,”jelasnya


























