

Seorang diplomat Palestin pada Isnin mengumumkan bahawa lawatan yang dirancang ke Palestin lewat bulan ini oleh delegasi dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang berpangkalan di Hague (ICC) akan ditangguhkan.
“ICC telah memaklumkan kepada kerajaan Palestin penangguhan lawatan rombongan itu – pada mulanya dijadualkan pada akhir bulan Julai – untuk musim luruh depan,”kata Nabil Abu Zened, Duta Palestin ke Belanda.
Mahkamah, katanya, menyatakan penangguhan itu kerana sebab-sebab teknikal dan prosedur, tetapi Abu Zened berpendapat, kelewatan lawatan itu mungkin disebabkan tekanan Israel.


Bukti-bukti tersebut, termasuk fail yang berkaitan dengan tahanan politik Palestin yang menderita di penjara Israel, pembinaan penempatan Israel yang menyalahi undang-undang di Tebing Barat yang dijajah dan Timur Jerusalem [Gambar kanan] serta dokumentari bukti jenayah perang yang dilakukan oleh Israel semasa serangan Israel pada tahun lepas ke atas Semenanjung Gaza.
Pada musim panas tahun lalu, Israel telah melakukan serangan panjang terhadap Jalur Gaza yang dikepung dengan tujuan yang dinyatakan, untuk menghentikan serangan roket dari wilayah Palestin.
Lebih 2,160 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh dan 11,000 cedera, semasa serangan, yang berakhir dengan perjanjian gencatan senjata, ditandatangani pada bulan Ogos.


























