Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS ditubuhkan oleh kumpulan Islam, bukan sahaja oleh golongan ulamak bahkan oleh golongan bukan ulamak dan mendapat pendidikan Inggeris, setelah diharamkan parti Hizbul Muslimin tahun 1948 dan partai Syarikat Islam pada tahun 1920.
“Tulisan dia (Mahathir) ini menunjukkan dia jahil sungguh dalam bab agama Islam, dan menunjukkan dia jahil sungguh sejarah kemerdekaan (dan) sejarah perjuangan tanah air,
“PAS bukan kerana mereka dengki sebab gaji murah, bahkan ada kalangan mereka ayang sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, dan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan,
“perjuangan menentang penjajah bukan dimulakan sejak tahun 1946 bila ada Umno, perjuangan menentang penjajah bermula sejak tahun 1511 apabila Portigis mula menjajah Melaka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceramah Motivasi dan Penerangan di Kampung Mak Cili, Chukai, di sini pada Selasa Malam 5 Mac.
Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas dakwaan Dr Mahathir yang mendakwa PAS ditubuhkan oleh golongan ulamak, kerana dengki dengan golongan yang berpendidikan Inggeris dalam Umno yang ‘bergaji’ mahal.
Menurutnya, kedatangan bangsa-bangsa suku kaum Jawa, Bugis, Acheh dan Minang ke Tanah Melayu sejak sekian lama adalah untuk menentang penjajah, bukan untuk menanam ‘kelapa’ sebagaimana didakwa.
Belanda yang menjajah Melaka selepas Portugis, hampir dikalahkan oleh tentera Acheh, namun katanya, orang Melayu ‘Umno’Johor telah berpaling tadah dan menyokong penjajah.
“Tentera Acheh dipimpin oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (gambar) membawa tenteranya untuk membebaskan Melaka setelah Melaka di takluk oleh Belanda, hampir Melaka dapat dibebaskan oleh tentera Acheh,
“tetapi orang Melayu Johor ‘belok’ menyokong Belanda……….Melayu Umnolah tu! bukan semua Melayu Johor…….Melayu yang (kemudiannya) menjadi Umno,”jelasnya.
………….[Berita lanjut menyusul].



























