”Kalau dia boleh komen orang lain, mengapa saya tak boleh komen dia? Siapa dia?,
”Orang acap mengatakan kepada saya, dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Ya, betul, tetapi bukan haknya untuk ‘mengata dan mencaci’ bagaimana dia lakukan semasa menjadi Perdana Menteri,
”Takkan kerana dia Perdana Menteri 22 tahun, boleh buat sesuka hatinya, Saya tidak bersetuju dan dia bukan lagi dalam kerajaan.
”Masa dulu, dia beritahu kita, awak mesti sokong kerajaan. Masa itu dia seorang PM yang sempurna, saya tak bantah. Tapi bila setelah bersara, dia mula menyerang, dia selalu mengungkit memberitahu kami, suatu hari kami menjadi calon dan sekiranya kami kalah, kami tidk boleh marah, kerana suatu ketika seseorang itu menyokong kami, sekarang masanya kami menyokong mereka,
”Apa yang dia buat sekarang? Dulu kami menyokongnya walau apa jua keadaan namun sekarang, dia menyerang kami, lebih teruk dari pihak pembangkang. Semuanya tak betul,
“semasa zaman Tun Abdullah (Badawi) semuanya tak betul, tapi Pak Lah ‘gentleman’,dia tidak bersoal jawab,
”sekarang masa Najib, ada sesuatu yang tak kena, adakah dia (Mahathir) nak jadi PM,”kata Nazri memberitahu para wartawan di lobi Parlimen.
Nazri berkata, dia tidak akan meletakkan jawatan hanya kerana Mahathir.
”Bila dia (Mahathir) nak bersara sebelum ini, kami kata, jangan lagi, tapi dia nak (bersara) juga Sekarang dia dan turun, dia pula suruh saya meletakkan jawatan. Untuk apa ? Saya tidak akan bersara kerana memenuhi kehendaknya, membuatkannya gembira, sebab saya bukan bodoh untuk masuk dalam perangkapnya,”kata Nazri lagi.
Nazri menegaskan, sekiranya Mahathr kata dia ahli parti yang ‘racist’, maka Mahathor adalah bapa segala racist (bapa segala perkauman), sebab dia adalah President Umno.
“Dia kata saya dalam sebuah parti perkauaman (racist), jadi dia mengesahkan apa yang saya kata tentang dirinya. Jika dia kata saya ‘racist’ sebab saya ahli Umno, maka dia bapa segala bentuk perkauman kerana dia presiden Umno selama 22 tahun. Itu mengesahkan apa yang saya katakan bahawa dia adalah racist. Tolonglah beri persoalan lain, sebagai bekas PM, dia sepatutnya ada cadangan yang lebih baik, saya berasa simpati kepadanya namun saya akan teruskan,”tambah Nazri.
Diterjemahkan secara bebas, dari Malaysian Insider; sebahagian daripada berita/artikel Nazri: Dr M is ‘father of all racism’