Mahasiswa UMT Bersama Rakyat Sabah

1306
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/IMG_1424.jpg

Seamai lima orang penceramah di kalangan mahasiswa telah memberikan ucapan mereka dalam program termasuk daripada pihak penganjur, Presiden Kelab Amatur Intelektual (KAI) UMT, merangkap Pengerusi Gamis Terengganu,  Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf.

Selain itu turut berucap dalam majlis tersebut adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Saddam Hussin Solihin, Timbalan Pengerusi Ikatan Siswi UMT, Siti Aishah Ismail, Presiden Kelab Kebudayaan Sabah, Risnayati Lammu dan Pengerusi Ikram Siswa Tertengganu Utara, Ubaidillah Harith shahrin.

Presiden KAI,  Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf menegaskan bahawa, mahasiswa UMT sentiasa mendoakan keselamatan dan bersama rakyat Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negeri.

“rakyat Malaysia perlu tahu, mahasiswa menyokong penuh rakyat Sabah khususnya di Lahad Datu dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan Sabah,”ujanya.

Turut diadakan adalah solat hajat memohon keselamatan bagi mendoakan para perajurit negara yang gugur di medan pertelingkahan di Sabah dan kutipan derma juga dilakukan. 

……….[Berita lanjut menyusul]