Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah
Dalam satu lagi laporan Sinar pada 20 Oktober 2015, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata satu badan penilai bebas telah dilantik bagi meneliti keadaan jalan di LPT2 terutamanya mengenai kelicinan permukaannya, belokannya yang mungkin tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan sekaligus mungkin menjadi punca kemalangan di LPT2. Namun, laporan awalnya hanya akan diketahui pada minggu depan.


Tiba-tiba semalam, Ahmad Razif, juga dalam laporan Sinar Harian dilaporkan sebagai berkata, siasatan dan keputusan hasil siasatan berhubung punca nahas di LPT2 perlu disegerakan bagi memastikan tahap keselamatan LPT2 dipertingkatkan. Lihatlah wahai rakyat, MB kelihatan takut dan seperti mahu lepas tangan dan bersikap ‘klul-klek’ dengan pelbagai alasan dan paling malang, seperti memproses bahan separuh masak, tetapi terus dihidangkan kepada orang ramai walaupun isu ini melibatkan nyawa manusia. 

Pada 14 Julai lalu, saya telahpun menyentuh berkenaan isu keselamatan LPT2 ini melalui kenyataan media saya. JKR sebelum ini, telah mengesahkan bahawa terdapat 27 tempat yang perlu diperbaiki dan memerlukan sejumlah RM6 juta bagi kos baik pulih tersebut dalam satu laporan Sinar Harian pada 2 Julai lalu. Kenyataan ini disahkan oleh exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir. Rosli Othman. Dan sebelum itu juga, laporan yang dikeluarkan turut menjadikan pemandu sebagai faktor utama kemalangan di LPT2.

Begitu senang kerajaan Umno Terengganu menuding jari kepada pemandu sedangkan keputusan yang tuntas belum didapati lagi. Setelah berbillion duit rakyat Terengganu hangus lantaran kedangkalan dan kegagalan Umno menyiapkan LPT2 ini pada masanya. Dan betapa MB mahu menjaga egonya jelas dapat kita baca dengan kenyataannya iaitu “Kita menolak dakwaan lebuh raya ini tidak selamat digunakan…jika ia ditutup akan menimbulkan kesulitan serta menimbulkan persepsi negatif” MB hanya memikirkan persepsi negatif yang mungkin keatas dirinya berbanding nyawa rakyat. 

Jadi, ingat, tolak Umno dalam PRU, insyaAllah rakyat sejahtera.
Link berkaitan :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/t-ganu-ambil-langkah-atasi-kemalangan-maut-di-lpt2-1.442122
http://www.sinarharian.com.my/nasional/rm6-juta-untuk-baik-pulih-lpt2-1.406875
http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-badan-bebas-dilantik-nilai-keadaan-lpt2-1.442365
***YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Marang Terengganu. Kenyataan Media ini dikeluarkan pada 10 Muharram 1437 bersamaan 23 Oktober 2015





























