Assalamualaikum wbt. Saya sekarang berada betul2 di Dataran Merdeka di tempat di mana kita semua akan berhimpun di sini, di padang ini atau pun di jalanraya ini. Pihak polis telahpun membuat sekatan ataupun meletakkan kon2 yang mengelilingi Dataran Merdeka atau pun bahagian rumput. Jadi kita semua akan berhimpun di sini, di tengah-tengah jalan ataupun betul-betul di jalanraya ini insyaAllah.
Jadi kita akan mula bergerak selepas Zohor atau lebih tepatnya jam 2 petang daripada Sogo, daripada Masjid Negara dan juga daripada Dataran Maybank. Jadi insyaAllah akhirnya kita semua akan berkumpul di sini pada jam 2.30 atau 2.40 petang lebih kurang begitu. Dan segala-galanya akan berlaku di sini insyaAllah. Dan kelihatan pihak polis hanya mengawal di sekeliling bahagian rumput Dataran Merdeka sahaja dan insyaAllah dijangka tidak ada apa2 insiden yang tidak diingini berlaku pada hari ini insyaAllah.
Sekian.
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu





























