Logo Baru ARC di Lancarkan

1560

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/JamboriARC%20036.jpgSETIU – Ketua Dewan Pemuda PAS  Ustaz Nasruddin Hassan melancarkan logo baru Kelab Motosikal (Alternative Riding Club – ARC) selepas merasmikan Jambori Kelab tersebut di pantai peranginan Merang disini, Jumaat 23 Julai.

(Gambar – Ustaz Nasruddin bersama Pengerusi DACS dan ARC menunjukkan ibu jari menandakan ‘bagus’ setelah melancarkan logo dan Kemeja T baru ARC)

Beliau turut mengumumkan rancangan pemuda PAS menganjurkan satu perlumbaan motosikal peringkat kebangsaan yang akaan dijadualkan akan diadakan pada tahun hadapan.

Menurutnya, dengan penubuhan kelab-kelab sukan dan rekreasi dalam Pemuda PAS membuktikan bahawa PAS bukan parti ‘tok lebai dan kupiah’ sahaja.

Antara kelab-kelab yang telah ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS dibawah Jabatan Budaya, Seni dan Sukan (Department of Art, Culture and Sport – DACS) adalah ARC, Kumpulan Pemuzuk Alternatif (Alternative Band Club) dan Kelab Futsal Alternatif (AFC).

Turut hadir dalam majlid perasmnian jambori ARC adalah, Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi DACS dan Pengerusi ARC.

Dengar ucapan peasmian Ustaz Nasruddin melalui Buletinonline Radio

Berita selanjutnya akan dikemaskini, sila kembali semula kepada Buletinonline

http://www.youtube.com/watch?v=JdwnRvftYUI