SETIU – Lima lagi janji ‘Manifesto’ awal pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 PAS Terengganu, akan didedahkan kepada orang ramai, sempena program Himpunan Harapan Semua – PAS Ganti Umno (HARAP-PGU 3.7).
Menurut Pengarahnya, YB Ariffin Deraman, ia akan menjadikan 15 perkara, yang akan dilaksanakan oleh PAS Terengganu, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU akan datang.
“lima lagi janji kita kepada rakyat akan dibentangkan pada HARAP-PGU 3.7 yang akan diadakan di Kampung Pengkalan Atap minggu hadapan, dari 27hb hingga 29hb Julai, in shaa Allah,
“PAS komited dengan janji sebagaimana yang pernah kita lakukan ketia memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, kita beri tanah kepada rakyat,” ujarnya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pengumuman manifesto awal PAS itu akan di sempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang pada Majlis ceramah kemuncak Sebtu malam 29 Julai.
Oleh itu beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS negeri menyeru semua rakyat agar turun beramai-ramai bagi mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan isu semasa.
Sehubungan itu, gema dan kehangatan HARAP-PGU 3.7 yang akan berlangsung dalam tempoh kurang seminggu lagi, semakin kian terasa.
Ketua Persiapan, Ustaz Mohamad Nazari Alias berkata, kerja-kerja dijalankan mengikut perancangan bagi menjayakan program peringka negeri Terengganu itu.
“setakat ini sambutan yang cukup baik dari para petugas parti dan masyarakat setempat sebagai tuan rumah dan kerja-kerja persiapan sudah 80% berjalan,
“dan dijangka semua prasarana dapat di siapkan sebelum program bermula,” katanya yakin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas gotong royong terakhir di takap HARAP-PGU 3.7, pada Jumaat 21 Julai.
Nazari yang juga Pengerusi MTD Batu Rakit mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menzahir rasa bangga serta sukacita dengan kesungguhan para petugas yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan.
“selaku tuan rumah……..saya ucapkan terma kasih kesih kepada semua……..dan saya mengalu-alukan kehadiran semua penduduk Terengganu yang jauh dan dekat,
“datang bersantai bersama keluarga dan janagn lepaskan peluang untuk sama menjayakannya dengan penuh gemilang,” kata beliau.










