

Antaranya membekukan hubungan dengan Bank Pusat Syria, melarang penerbangan dari syria ke wilayah negara Arab lain serta halangan perjalanan kepada pegawai kanan Syria.
Ia termasuk juga membekukan semua aset milik Syria yang terdapat di negara-negara Arab.
Para Menteri Arab akan mengundi pada hari Ahad (hari ini) bagi melaksanakan sekatan terbaru yang merupakan hukuman ke atas Syria kerana bertindak kejam terhadap rakyatnya sendiri.
[Gambar – pejuang Syria yang telah memulakan pemberotakan bersenjata terhadap regim Syria ]
Bagaimana pun tindakan Liga Arab itu dianggap oleh Menteri Luar Syria sebagai mencampuri urusan dalam negaranya.
Liga Arab sebelum ini memberi amaran akan menguatkuasakan sekatan ke atas Syria setelah beberapa kali kegagalan Presiden Syria Bashar al-Assad gagal melaksanakan langkah-langkah menghentikan tindakan ganas pihaknya.
Sekatan yang dicadangkan Liga Arab termasuk juga membekukan semua aset milik Syria yang terdapat di negara-negara Arab.
Sementara itu, PBB menganggarkan, lebih 3,500 orang telah terkorban sejak protes rakyat terhadap kerajaan Syria pada bulan Mac lalu.




























