Liga Arab sokong tindakan masyarakat antarabangsa terhadap rejim Bashar

1022

Menteri-menteri Liga Arab dalam satu kenyataan pada hari Ahad selepas pertemuan di Kaherah menyokong PBB dan masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan terhadap rejim Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia.

“Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa dipanggil untuk memikul tanggungjawab mereka selaras dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu”, menurut kenyataan tersebut.

Ia berkata bahawa rejim Syria dan Presiden Bashar al-Assad adalah “bertanggungjawab” untuk serangan pada 21 Ogos yang megorbankan beribu-ribu nyawa.

Para menteri luar negara-negara Arab itu juga menegaskan mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan itu perlu dbawa ke muka pengadilan dan dibicarakan, seperti “penjenayah perang” yang lain.

Sebelumnya, Menteri Luar Arab Saudi al-Faisal memberitahu mesyuarat Liga Arab itu bahawa “menentang tindakan antarabangsa hanya menggalakkan rejim untuk meneruskan jenayah itu”.

“Ia adalah masa untuk meminta masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan mengambil langkah-langkah pencegahan” terhadap rejim Syria, “kata al-Faisal.

Ketua Gabungan Kebangsaan Syria yang menentang rejim Bashar, Ahmed al-Jarba memberitahu mesyuarat itu bahawa “mesin perang” Assad mesti dihentikan.

“Saya di sini berama anda hari ini untuk merayu kepada sentimen persaudaraan dan kemanusiaan anda dan meminta anda untuk menyokong operasi antarabangsa terhadap mesin perang yang merosakkan,” katanya.