PIC diberitahu bahawa penangguhan yang dilakukan sejak tarikh diumumkan sebelum belayar pada Jumaat pagi ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja mencari dua kapal yang lain untuk membawa penumpang dan juga bantuan. Dia tidak menolak kemungkinan terpaksa menyewa pesawat untuk membantu mengangkut para aktivis yang menyertainya dan juga bahan bantuan yang lain.
Beirawi mengatakan bahawa pihak berkuasa Mesir hanya menyebut nama bekas MP British George Galloway sebagai salah seorang yang dilarang memasuki Mesir, menambah, “Kami belum menerima sebarang kata rasmi pada setiap nama-nama dilarang yang terbaru”.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Palestin, Taher al-Nunu mengkritik hebat Yasser Abedrabbo, Setiausaha Agung Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) yang membuat kenyataan kesediaannya mengiktiraf kewujudan kerajaan Yahudi.
Menurut Nunu, kenyataan Abedrabbo itu adalah bertentangan dengan ikrar Palestin dan kehendak rakyatnya serta boleh dianggap sebagai menikam dari belakang rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian dan wilayah pendudukan rejim Zionis sejak 1948.
Tambah Nunu lagi, kenyataan terbaru ini mengesahkan lagi dakwaan Hamas bahawa barisan pemimpin PLO tidak boleh diberi amanah melaksanakan kepentingan rakyat Palestin ataupun mendukung aspirasi mereka, suatu yang menyebabkan perlunya menstruktur semula PLO supaya kembali kepada kepentingan rakyat dan negara Palestin.– palestinekini