Lebih Banyak Pertembungan Akan Berlaku Dalam Umno!

1725

KUALA NERUS – Lebih banyak pertembungan akan berlaku dalam Umno selepas pemecatan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta kesan dari rombakan terbaharu kerajaan BN.

Zakaria Dagang2Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia menunjukkan kebenaran pendirian yang diambil Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mengekalkan Pedan Menteri Dato’ Seri Najib Razak terus menerajui Malaysia.

“apabila Najib kekal sebagai Perdana Menteri, maka berlaku (perpecahan) apa yang berlaku pada hari ini, barangkali kalau Najib dipecat (dari jawatan) mungkin tidak berlaku pemecatan,

“tidak berlaku rombakan (kecil) kabinet (yang menyebabkan perpecahan dalaman Umno),”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ada Majlis Iftar Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sini petang Selasa 28 Jun.

20160628_192100Sehubungan itu, beliau menjangkakan akan berlaku satu pilihan raya, sama ada di peringkat nasional atau di negeri Terengganu, selepas hari raya Aidilfitri nanti.

“dalam konteks negeri Terengganu sendiri…….walau pun kita nampak dalam sehari dua ini, (politik) tenang dan tidak ada pergolakan apa-apa,

“namun perolakan ‘arus bawah’ memang kuat………jadi kita tengok dan lihat lepas (hari) raya ini (mungkin) akan berlaku (pilihan raya),”kata beliau.

Justeru itu, beliau mengingatkan agar para petugas PAS khususnya kakitangan di Pejabat Perhubungan melakukan persediaan yang terbaik agar PAS beroleh kejayaan.

Ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu pada 24 Jun lalu, lima ketua Umno Cawangan di Bahagian Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

20160628_185047Di Semporna, Sabah, seramai 200 cawangan Umno keluar dari parti Umno bersama dengan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti diatas penggantungan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

Mantan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah juga secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno, timbalan pengerusi Umno Perak serta ketua Umno dan BN bahagian Tambun.

Tindakan itu diambil selepas Najib berkata beliau tidak memasukkan Husni dalam kabinetnya bagi menghormati permintaannya yang ingin bersara.