Terengganu, Malaysia

Laporan Portal Terengganu Times ‘Bohong’

kam3440(b)-report2 (2)

KUALA TERENGGANU – Satu laporan polis dibuat terhadap sebuah portal Terengganu Times yang didapati membuat laporan tidak benar serta tidak beretika.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Biro Bernama Terengganu, Zalina Maizan Engah@Ngah kira-kira jam 7.17 petang di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Terengganu.

kam3440(b)-report2Difahamkan, portal Terengganu Times itu menyiarkan satu berita bertajuk “Rosli sedia jadi penggerak (penasihat) Puteri Umno Terengganu” kononnya telah dilaporkan oleh Bernama.

Zalina Maizan dalam laporan polis itu berkata pada 11 Mac 2016, kira-kira jam 3.20 petang telah menerima satu panggilan daripada ibu pejabat Bernama di Kuala Lumpur bahawa terdapat berita yang ditulis bertajuk “Rosli sedia jadi penggerak (penasihat) Puteri Umno Terengganu” yang dikreditkan atas nama Bernama.

Menurutnya, berita tersebut seolah-olah telah ditulis oleh wartawan di Biro Terengganu yang ternyata tidak benar.
Katanya, setelah diselidiki berita tersebut didapati tidak benar dan bukan dari laporan pihak Bernama.

“Ianya (berita) telah diambil daripada aplikasi laman social di facebook dan whatsapps namaun dijadikan berita di laman portal Terengganu Times.

kam3440(a)-report1 (2)“Wartawan sambilan Bernama, Kamaliza Kamaruddin telah menghubungi pihak yang ditimbulkan dalam berita tersebut iaitu Datuk Rosli Mat Hassan dan beliau sendiri menafikan bahawa telah dihubungi atau memberi maklumat kepada mana-mana wartawan Bernama berhubung isu Pergerakan Puteri Umno Terengganu.

“Saya menafikan berita tersebut (dan) adalah tidak benar dan Bernama tidak pernah mengeluarkan berita tersebut pada bila-bila masa sekali pun dan laporan ini dibuat bagi menjaga reputasi Bernama sebagai agensi berita rasmi yang mengamalkan etika kewartawanan,” jelasnya dalam laporan polis itu.

Sehubungan itu, Zalina Maizan turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharunya atas sokongan rakan-rakan media lain terhadap laporan polis yang dibuatnya.

“Terima kasih kepada yang beri sokongan secara langsung dan tidak langsung kepada Bernama…terharu sebab kami tidak keseorangan, apatah lagi untuk orang baru seperti saya, terima kasih sekali lagi,” ujarnya.

Beliau merupaka Ketua Biro Bernama yang baharu bertugas beberapa bulan lalu di negeri ini.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan