Langsung Dari PRK N.01 DUN Pengkalan Kubor

1811

Hari Penentuan

Hari ini 25 September, para pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan membuat penentuan siapakah wakil rakyat baharu yang dipilih oleh mereka.

Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim ditentenag calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

IMG-20140925-WA0050Sebanyak 11 pusat mengundi bagi PRK Dun Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini. Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa di sini.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains Mara Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa’ Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

IMG-20140925-WA0049PAS Puas Hati Kempen

Menteri Besar Kelantan Datuk Ustaz Ahmad Yakob berpuas hati dengan kempen yang telah dilakukan oleh para petugas PAS sejak hari penamaan calon pada 13 September lalu.

Beliau yang ditemui menyeru agar semua pengundi keluar mengundi pada waktu pagi.

Datuk Ahmad berkata demikian ketika mengiringi calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mengundi dan mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Pa’ Yong pada jam 8 pagi tadi.
Wan