Terengganu, Malaysia

Langkah Padu dan Segak Perwakilan Di Hari Kedua

Langkah Padu dan Segak Perwakilan Di Hari Kedua

Oleh : NM

KUALA SELANGOR – Riak air muka sebahagian besar perwakilan dan pemerhati melangkah masuk ke dewan Muktamar dipagi kedua hari ini mengambarkan semangat baharu yang dititik hasil dari keputusan yang dibuat perwakilan kali ini.

Pengerusi tetap mengambil tempat seawal jam 9, dan memulakan majlis dengan peringatan agar apa dilalui semasa dan sebelum pengundian menjadi perjalanan yang meninggalkan kenangan tersendiri.

IMG-20150605-WA0112 (2)Timbalan Suruhanjaya Pemilihan Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengumunkan sekali lagi keputusan penuh pemilihan Jawatan-jawatan yang dipertandingkan sebagai agenda yang pertama pagi ini sebelum perbahasan Ucapan dasar Presiden.

Selangor selaku tuan rumah, diberi penghormatan untuk memulakan perbahasan pagi ini dengan diwakili Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi mempersembahkan ucapan Pas Selangor dengan menyarakan agar Muktamar membincangkan isu cadangan memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat secara mendalam dengan mengambil kira kesan kepada Pas Selangor. Beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas untuk menbincangkan isu ini.

Selepas perwakilan Perlis membahas ucapan dasar, Wakil wilayah mengambil tempat. Ustaz Kamaruzaman Abdullah mengajak seluruh perwakilan dan pemerhati bangun sebagai menyatakan sokongan penuh kepada Tuan Guru Presiden Pas dan seluruh Dewan bergema dengan laungan takbir.

Sambil menyatakan kekecewaan dengan sikap segelintir pemimpin parti yang berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan yang hanya boleh menimbulkan suasana tidak selesa kepada ahli pas.

Dato Dr. Mohd Fadhli Hasan memulakan ucapan perbahasan dengan sepotong ayat suci Al-Quran. Pas Kelantan menerima penuh Ucapan Dasar Presiden Pas. Mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mereka yang terlibat membantu rakyat kelantan yang dilanda musibah bajir baru-baru ini.

IMG-20150605-WA0145Kelantan juga membawa isu pelaksanaan kanun jenayah syariah dikelantan selain isu tuntutan royalti hasil pertroleum dikelantan. Beliau sarankan kerja menyebar fitnah terhadap pimpinan di kelantan perlu dihentikan.

Perwakilan dilihat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perbahasan sesi pagi ini dan kehadiran perwakilan juga dilihat hampir penuh walaupun selepas mereka tahu keputusan pemilihan Jawatankuasa Pas yang telah diumun di dewan ini malam tadi.

Pahang terus mengambil alih sebagai pembahas dengan menampikan bekas calon PRK Rompin, Ustaz Narzi Ahmad untuk membawa mandap Pas Pahang. Dengan memulakan Ucapan perjalanan dan kesan besar selepas PRK Rompin . Beliau terus mempertahankan dan menyokong tindakan Presiden pas mempertahankan prinsip pejuangan dan berjaya menafikan tuduhan Pas kuda tunganggan Dap. Beliau menamatkan ucapan dengan serangkap pantun dan dewan bergema menyambut pantun yang dibaca.

Kerancakan perbahasan ini dijangka lebih menarik di sesi petang .Timbalan pengerusi tetap yang menang tanpa bertanding, Ustaz Kamal Ashari mempengerusikan perjalanan mesyuarat sehingga muktamar berehat untuk perwakilan menunaikan solat Jumaat dan akan disambung jam 3 petang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan