LAMEGA 15 ; Peserta Diseru Dalami Pelbagai Ilmu

776

SETIU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkn program tahunan mereka Lambaian Menara Gading (LAMEGA 15) yang akan berakhir pada Sabtu ini.

Program yang mensasarkan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur 18 hingga 20 tahun ini telah di sertai seramai 315 orang yang melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

IMG-20150227-WA0010Ia adalah bertujuan sebagai persediaan awal bagi mereka yang akan menduduki alam kampus di samping memberi kesedaran kepada mereka, yang merupakan aset dan penentu utama masa depan.

Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu Ustaz Nik Zawawi Salleh menyeru para emaja menggunakan usia muda bagi ‘menggali’ ilmu pengetahuan.

“Umur sebagaimana adik-adik ini adalah masa emas. Gunakanlah untuk mencari ilmu,”ujarnya ketika merasmikan LAMEGA 15 di Merang dekat sini pada Khamis 26 Februari.

“Jangan kita leka dengan twitter, whatsapp yang boleh menghanyutkan ke lembah kelekaan, gunakanlah kemudahan IT untuk memantapkan ilmu,” ujarnya lagi.

Di samping itu juga beliau mengharapkan agar peserta yang akan ke melangkah ke universiti perlu menanam minat membaca, dan menyertai pergerakan mahasiswa,

Katanya, aktiviti usrah dan tamrin adalah wajib di ikuti bersama jamaah untuk menjadi pemimpin penerus perjuangan Islam.

Beliau juga menyeru para peserta memahami pelbagai ilmu pentadbiran, politik, perjuangan Islam yang memberi kemampuan serta keyakinan ketika berhadapan dengan masyarakat bila tiba masanya nanti.

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Pengarah LAMEGA 15, Ustaz Wan Mizan Wan Abd Latif dan Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizulkinain Abd Kadir.

IMG-20150227-WA0037Menurut Ustaz wan Mizan, LAMEGA adalah program lebih kepada mentarbiyah para pelajar yang akan melangkah ke alam yang lebih luas, lebih terbuka dalam semua aspek supaya peserta ini tidak terlepas pandang dalam memainkan peranan meneruskan perjuangan dan halatuju Islam.

Peserta yang mewakili 32 DUN, merangkumi lapan kawasan Parlimen dalam negeri Terengganu ini akan di dedahkan dengan beberapa taklimat kursus dari sayap dan agensi PAS seperti DACS, AMEERAH dan Unit Amal.

LAMEGA 15 diharap dapat membuka peluang kepada peserta untuk turut sama terlibat dalam setiap aktiviti mengikut kehendak dan minat masing masing.

Program 3 hari 2 malam ini juga di harap dapat menyuntik roh para pencinta Islam kepada para peserta dan lebih memantapkan lagi asas agama kepada mereka dalam menghadapi alam ‘Menara Gading’.