Laluan PRU15 DUN Air Putih Tidak Sukar

529

KEMAMAN – Laluan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak sesukar yang dihadapi jentera DUN tersebut pada PRU lalu.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN itu, YB Cikgu Abdul Razak Ibrahim berkata, rata-rata penduduk kampung merasa selesa dengan keadaan semasa.

“saya rasa laluan tak susah manalah, tak macam dulu sebab semua program yang kita buat melibatkan semua masyarakat,

“agihan bantuan, lot-lot tanah dan sebagainya kita pasti kan JPKK beri kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya

ADUN Air Putih berkata demikian ketika ditemui pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 untuk penduduk Orang Asli Sungai Pergam dan Perkampungan Orang Asli Sungai Putih, Ahad 26 September.

Katanya, tidak timbul tindakan ‘pilih kasih’ dalam sebarang agihan keperluan rakyat, sebagaimana yang diamalkan sebelum DUN tersebut ditadbir oleh PAS.

Bahkan katanya, pengurusan pusat khidmat DUN itu disenangi oleh masyarakat kerana telus da tidak banyak karenah.

“cara JPKK mengurus mudah, tidak timbul sebarang isu, kalau dulu nak tanda tangan borang pun susah, tak ada masalah,

“tapi perkara-perkara kecil adalah, bukanlah tak ada langsung, satu kes terpencil yang kita sudah selesaikan,” katanya.

Justeru itu, kata beliau, pihak MTD Air Putih meletakkan sasaran untuk menang disemua Unit Daerah Mengundi (UDM) pada PRU akan datang.

“kita dah buat perkiraan, kita letakkan sasaran untuk menang di semua UDM, bukan sasaran kurang majoriti”, tambah beliau.