KUAA TERENGGANU – PAS Terengganu menyahut seruan PAS Pusat, untuk kita sama-sama melaksanakan Program 3B Harakah, Kempen Beli, Baca dan Beri.
Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah, setiap cawangan sekurang-kurangnya membeli 10 naskah akhbarmedia rasmi PAS itu.
Beliau berkata, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Negeri Terengganu akan menjadi pengedar akhbar tersebut bagi seluruh negeri.
“In sha Allah kita akan salurkan Harakah melalui Lajnah Penerangan PAS Kawasan yang akan bertindak sebagai agen kepada Lajnah Penerangan MTD yang akan menyalurkan kepada terus kepada ahli-ahli kita di peringkat cawangan-cawangan.
“diperingkat (ini) awal kita mensasarkan 6000 naskah akan kita langgan untuk setiap edisi dan keluaran dan sekiranya menjadi kenyataan,
https://youtu.be/19jb9-EcW1c
“kita akan meningkatkan sehingga 10,000 naskah harakah dapat diedarkan di kalangan rakyat negeri Terenggan,”ujarnya selepas menziarahi pelajar cemerlang STPM, Siti Nur Munirah Omar di sini semalam, Khamis 3 Februari
Justeru itu, jika sekiranya ada orang perseorangan atau ahli PAS semua peringkat atau peniaga yang berhasrat untuk dapatkan Harakah secara terus, boleh berhubung dengan pejabat PAS Negeri Terengganu.
“atau (boleh) berhubung terus dengan pejabat Kawasan-Kawasan, sekiranya berjauhan dengan Kuala Terengganu.
“(dan) boleh juga berhubung dengan wakil-wakil kita dikalangan kepimpinan PAS di cawangan-cawangan, mtd, kawasan, negeri atau terus dengan saya,”jelasnya
Katanya, pihak Lajnah melalui Jabatan Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Ksangat mengalu-alukan langganan daripada semua pihak untuk sama-sama menyebarluaskan berita Harakah.
“(ia adalah) berita yang sebenar dan perspektif yang benar (tentang) apa yang berlaku kerana Harakah (adalah media) menyediakan laporan yang benar dan menurut perspektif yang benar juga,”tambahnya





























