Video YouTube, yang dimuat naik pada hari Sabrtu 16 Mac, menunjukkan seorang lelak berambut putih dalam berpakaian preman masuk ke dalam kereta dan suara latar menamakan beliau sebagai Jeneral Mohammed Khalluf.
“tidak berapa lama dahulu, kami memulakan persiapan untuk memisahkan diri dari rejim Assad, dan dengan penyelarasan dengan puak pemberontak, sehingga kami berjaya hari ini, “kata lelaki itu yang didakwa Khalluf, dalam video tersebut.
Manun begitu tiada komen tentang pembelotan itu oleh sebarang siaran berita pemerintah Syria.
Suara latar lelaki yang bercakap dalam video itu mengatakan bahawa Khalluf dan keluarganya sedang diiring keluar dari Syria pada hari Jumaat.
Aktivis berkata mereka menunggu sebelum melaporkan pembelotan untuk memastikan bahawa Khalluf dan keluarga beliau telah selamat menyeberangi sempadan dan sampai ke negara jiran Jordan.
Sementara itu, dibeberapa kawasan lain di negara itu, kira-kira 20 orang tetera melarikan diri tugas mereka untuk bergabung dengan wilayah pembangkang berhampiran bandar padang pasir purba Palmyra, menurut laporan balai cerap Hak Asasi Manusia di Syria.
Kumpulan yang berpangkalan di Britain, yang mempunyai rangkaian aktivis di seluruh Syria berkata, askar melarikan diri ke ladang berhampiran bandar, di mana terdapat serangan dan pertempuran senjata selama dua hari.
Sejak permulaan 2011 Mac konflik antara kerajaan Bashar al-Assad dan pembangkang bersenjata, puluhan pegawai tentera kanan yang termasuk kira-kira 40 jeneral telah berpaling tadah dan menuju ke Turki.
Pihak berkuasa Turki bagaiaman pun enggan untuk mengeluarkan secara tepat angka tentera yang berpaling tadah tepat, yang biasanya menyertai Tentera anti-Assad bagi menentang tentera Syria.
Riad Hijab, bekas Perdana Menteri, telah berpaling tadah ke Jordan pada bulan Ogos 2012. [Sumber AJE]
Lihat Perangkaan Interaktif Individu Berpaling Tadah Di Sini.