Kunjungan Pertama Mursyidul Am Ustaz Hashim, Ke Terengganu

4208

KUALA TERENGGANU – Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin akan menjejakkan kali pertamanya ke negeri Terengganu selepas beliau dilantik ke jawatan .

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) sekitar Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau akan menghadiri Majlis Makan Malam yang dianjurkan Lujnah itu pada 9 Disember, di Dewan Tok Guru, Rusila.

Menurut Sahari, makan malam sambil menderma adalah satu inisiatif bagi mencari dana untul melicinkan program Lajnahnya yang telah di atur.

makan malam LATAS“kita (LATAS) akan mengadakan program sehari bersama Nelayan peringkat Negeri bermula di DUN Batu Rakit,

“Dana yang di kutip (melalui Makan Malam) ini juga akan kita gunakan untuk membantu golongan petani dan nelayan yang kita semua ketahui amat terkesan dengan kenaikan harga barang, lebih-lebih lagi di saat musim tengkujuh setiap akhir tahun,”jelasnya.

Katanya, program Sehari Bersama Nelayan yang akan di adakakan di DUN-DUN terpilih bermula Januari 2017.

Sehubungan itu Ustaz Shahari yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Setiu berharap agar semua pendokong dan penyokong PAS dapat hadir ke program makan malam itu.

Katanya, sebarang pertanyaan tentang makan malam tersebut boleh menghubungi Setiausaha LATAS Abdul Raof Mohamed,di talian 019 264 3481.