Terengganu, Malaysia

Kunjungan Hindu Sangam Bagi Menjalinkan Hubungan Akrab

hindu sangam

KUALA TERENGGANU – Kunjungan deligasi Majlis Agama Hindu Sangam Terengganu dan Kumpulan Belia India Terengganu ke rumah Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, adalah untuk menjalinkan hubungan dua hala yang lebih akrab

Penasihatnya, Mr George KumarMahu berkata, ia juga membuka peluang pihaknya untuk bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan penjelasan terus daripada pimpinan nombor satu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau meluahkan hasratnya mahu melihat suasana keharmonian antara kaum seperti tahun 50-an, 60-an di zaman P.Ramlee dapat wujud semula.

kam3598(a)-hindu1Katanya, hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India suatu ketika dahulu cukup baik terjalin antara satu sama lain.

“Jika dahulunya, tahun 50-an, 60-an zaman P.Ramlee itu hubungan antara Melayu, India, Cina sangat baik…kita boleh makan satu piring sama-sama.

“Apakah benda (perkara) macam itu wujud sekarang. Jadi itu kena wujud balik hubungan itu.

“Apa yang kita bincang dalam pertemuan dengan Tuan Guru itu secara umum sahaja. Sebenarnya, isu yang kita hendak cakap lagi mendalam tetapi mungkin akan diadakan lagi di tempat yang lebih sesuai.

“Tapi, kita tidak sentuh sensitiviti sesuatu kaum cuma kita hendak tengok terjamin kaum kita (India) sempurna dan persabahatan kita terjalin,” ujarnya.

Mr George Kumar menyifatkan kunjungan itu menjadi titik pertemuan baharu yang akan ada kesinambungannya.

“Kita (Hindu Sangam) berterima kasihlah dapat bertemu dengan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia (Ustaz Abdul Hadi) dan dia beri peluang untuk kita cakap dengannya.

“Kita akan adakan satu lagi pertemuan selepas ini dengan Tuan Guru di tempat yang akan kita tentukan kemudian yang lebih sesuai secara tertutup.

“Kita akan bincang ‘detail’ lagi dan kita akan jemput sama Presiden Majlis Agama Hindu Sangam Malaysia, biar dia dengar sendiri dari Tuan Guru untuk mendapatkan penjelasan yang lagi mendalam,” jelasnya.

pemuda hinduWakil Belia India Terengganu, Mr Ramachandran turut berbesar hati dapat bertemu dengan tokoh pimpinan kesatuan ulamak Islam sedunia, Tuan Guru Abdul Hadi.

“Saya dari group India Terengganu rasa berbesar hati apabila dapat berjumpa dengan Tuan Guru Haji Hadi itu.

“Selama ini, apa-apa persoalan yang kita hendak tanya itu dan apa yang kita tidak tahu, apabila bersua muka dengan Tuan Guru itu…maknanya kita dapat ‘respon’ yang baik.

“Kita ada beritahu kepada Tuan Guru bukan ini saja kali pertama (berjumpa) tapi akan ada lagi pertemuan lain. Saya rasa baguslah dan soalan-soalan yang kita tanya itu saya rasa media sudah tahu seperti isu Zakir Naik, isu hudud, isu ISIS.

“Respon dari Tuan Guru pun memang bagus. Bila kita balik, kita boleh jumpa orang India di peringkat akar umbi dan kita boleh beritahu yang selama ini mereka berfikir berbelah bahagi tentang PAS dan Tuan Guru,” jelasnya.

Pertemuan santai pada 22hb Julai lalu di kediaman Ustaz Abdul Hadi Awang itu Kampung Rusila, Marang berjaya memecahkan tembok ‘kesangsian’ masyarakat bukan Islam selama ini.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan